Our social:

Latest Post

Siapa Kata Cabut Uban Boleh Tumbuh Lagi Banyak Kena Baca Ni


Pasti ramai dikalangan anda yang takut nak cabut uban sebab takut ia akan tumbuh dengan lebih banyak. Betul atau tidak?
Tahukah anda semua itu ada mitos semata-mata. Rambut berwarna putih atau uban itu terhasil kerana adanya perubahan warna dari pigmen rambut yang dikenali sebagai melanin.
Bukan itu sahaja, perubahan warna rambut juga terjadi akibat kurangnya oksigen yang diterima batang rambut. Batang rambut menerima sari-sari makanan dari ujung-ujung pembuluh darah dan zat yang dihisap tersebut kekurangan oksigen. Itulah sebabnya mengapa susunan rambut menjadi tidak sihat, kemudiannya mempengaruhi melanin rambut dan terjadilah uban.
Jadi, jangan takut nak cabut ubat tu tapi cabut jangan sampai botak pula.

Sumber: meetdoctor, sajakongsi

5 Trik Kuruskan Badan Yang Tak Ada Orang Pernah Bagi Tahu

Macam-macam tips dan cara orang kongsi untuk kuruskan badan. Makan itu lah buat senaman ini lah. Tapi 5 trik ni tak pernah ada orang kongsi pun? Haaa, ni kami kongsi. 
1. Kalau lapar, hidu pisang
Bau pisang je boleh kurus? Ada satu kajian mendedahkan sekiranya korang tengah lapar, cuba hidu pisang, epal atau daun pudina. Dengan cara ni boleh memberitahu otak bahawa korang sedang makan walaupun tak. 
2. Bila makan luar, ambil portion yang kecil 
Nak kurus tapi nak makan banyak. Salah tu. Kalau makan kat luar, cuba tengok menu dan ambil portion yang sikit. 
3. Makan sorang lagi bagus daripada makan beramai-ramai
Percaya tak bila makan ramai-ramai lagi berselera? Lagi ramai, lagi lama kat meja, lagi banyak lah korang makan. 
4. Biru kurangkan selera makan
Tukar alas meja warna biru, atau letak beberapa warna biru di meja makan kerana warna biru boleh mengurangkan selera makan. Pelik? Tak kerana inilah yang dipanggil pyschology in colors. 
5. Makan depan cermin
Kalau tengok diri sendiri depan cermin mesti korang tak selera nak makan atau berhenti makan terus!
 Oleh: Aimi Nordin Sumber: Brightsideerafm

[Video] 3310 Kini Kembali Dengan Ciri Moden!


screen-shot-2017-02-27-at-11-22-09-am
Pastinya ramai yang ternanti-nanti akan kemunculan design baru telefon Nokia 3310.
Selepas 17 tahun, akhirnya model 3310 ini muncul kembali dengan versi yang lebih moden. 
Nokia 3310 yang baru ini lebih nipis berbanding model pertama yang dikeluarkan, mempunyai skrin berwarna dengan skrin 2.4 inchi, format 320 x 240 dan berat 79.6gram. Malah, permainan snake turut dikekalkan. 
Didatangi dengan pelbagai warna dan dijual pada harga sekitar RM280.
screen-shot-2017-02-27-at-11-22-21-am

Jangka Hayat Wanita Korea Lebih Lama Berbanding Wanita Dari Negara Lain



Imej dari Getty Images.
Kajian mendapati jangka hayat wanita Korea Selatan lebih lama berbanding wanita yang berasal dari negara lain. 
Wanita Korea Selatan yang lahir pada tahun 2030 dijangka hidup lebih dari 90 tahun. Bagi lelaki Korea Selatan pula, mereka dijangka hidup lebih dari 84 tahun.
Kajian berkaitan jangka hayat ini telah dikaji oleh beberapa orang penyelidik, malah sebuah jurnal bertajuk Jurnal Medikal United Kingdom, The Lancet turut diterbitkan.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, wanita dari Austalia, Perancis, Jepun dan Sepanyol turut mempunyai jangka hayat yang panjang. 
Difahamkan, pada tahun 2030, negara-negara maju mempunyai jangka hayat yang lama kerana teknologi kesihatan mereka yang canggih dan disebabkan itu penyakit kronik semakin berkurangan.
Sumber: Hanasuva, sajakongsi

Petua Nak Hilangkan Bintik Hitam Pada Pakaian


Kalau pakaian korang ada jeragat atau bintik hitam kecil yang banyak, ketahuilah itu sebenarnya kulat yang tumbuh pada baju akibat baju tersebut tidak kering atau lembap.
Dah basuh banyak kali pun masih tak hilang kan? Haa jangan risau , kami ada petua untuk korang hilangkan bintik hitam tersebut. Baca ni:
1. Campur cuka dalam setengah liter air
2. Rendam pakaian yang berbintik hitam ke dalam air campuran cuka semalaman.
3. Keesokannya, cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa.
4. Sediakan air panas yang dah dicampur dengan jeruk nipis.
5. Bilas pakaian dengan air suam hangat campuran jeruk nipis tadi.
6. Biar pakaian korang selama beberapa saat dalam air hangat campuran jeruk nipis.
7. Kemudian, cuci kembali guna sabun atau detergen
8. Bilas guna air bersih
9. Kemudian korang jemur sampai kering
Kemudian, kami ada tips nak elak bintik hitam timbul pada pakaian: 
-kalau korang seorang yang kuat berpeluh, pastikan baju tersebut terus dicuci. Jangan biarkan terperuk. 
-Kalau cuci baju, jangan biarkan samapi 2,3 hari baru nak jemur. Siap cuci terus jemur tau!
-Pastikan baju yang dijemur kering dengan betul, jangan angkat selagi baju tak kering.
p/s: untuk pengetahuan korang, Zat asam pada cuka dan jeruk nipis dipercayai boleh menghilangkan bintik hitam atau jeragat hitam pada pakaian.

Sumber mynewsvibes, sajakongsi

PRIVACY POLICY

Privacy Policy for Kaki Viral Kini

If you require any more information or have any questions about our privacy policy, please feel free to contact us by email at Privacy.
At http://kakiviralkini.blogspot.my/ we consider the privacy of our visitors to be extremely important. This privacy policy document describes in detail the types of personal information is collected and recorded by http://kakiviralkini.blogspot.my/ and how we use it.
Log Files
Like many other Web sites, http://kakiviralkini.blogspot.my/ makes use of log files. These files merely logs visitors to the site - usually a standard procedure for hosting companies and a part of hosting services's analytics. The information inside the log files includes internet protocol (IP) addresses, browser type, Internet Service Provider (ISP), date/time stamp, referring/exit pages, and possibly the number of clicks. This information is used to analyze trends, administer the site, track user's movement around the site, and gather demographic information. IP addresses, and other such information are not linked to any information that is personally identifiable.
Cookies and Web Beacons
http://kakiviralkini.blogspot.my/ uses cookies to store information about visitors' preferences, to record user-specific information on which pages the site visitor accesses or visits, and to personalize or customize our web page content based upon visitors' browser type or other information that the visitor sends via their browser.
DoubleClick DART Cookie
→ Google, as a third party vendor, uses cookies to serve ads on http://kakiviralkini.blogspot.my/.
→ Google's use of the DART cookie enables it to serve ads to our site's visitors based upon their visit to http://kakiviralkini.blogspot.my/ and other sites on the Internet.
→ Users may opt out of the use of the DART cookie by visiting the Google ad and content network privacy policy at the following URL - http://www.google.com/privacy_ads.html
Our Advertising Partners
Some of our advertising partners may use cookies and web beacons on our site. Our advertising partners include ....... 
  • Google
While each of these advertising partners has their own Privacy Policy for their site, an updated and hyperlinked resource is maintained here: Privacy Policies.
You may consult this listing to find the privacy policy for each of the advertising partners of http://kakiviralkini.blogspot.my/.
These third-party ad servers or ad networks use technology in their respective advertisements and links that appear on http://kakiviralkini.blogspot.my/ and which are sent directly to your browser. They automatically receive your IP address when this occurs. Other technologies (such as cookies, JavaScript, or Web Beacons) may also be used by our site's third-party ad networks to measure the effectiveness of their advertising campaigns and/or to personalize the advertising content that you see on the site.
http://kakiviralkini.blogspot.my/ has no access to or control over these cookies that are used by third-party advertisers.
Third Party Privacy Policies
You should consult the respective privacy policies of these third-party ad servers for more detailed information on their practices as well as for instructions about how to opt-out of certain practices. http://kakiviralkini.blogspot.my/'s privacy policy does not apply to, and we cannot control the activities of, such other advertisers or web sites. You may find a comprehensive listing of these privacy policies and their links here: Privacy Policy Links.
If you wish to disable cookies, you may do so through your individual browser options. More detailed information about cookie management with specific web browsers can be found at the browsers' respective websites. What Are Cookies?
Children's Information
We believe it is important to provide added protection for children online. We encourage parents and guardians to spend time online with their children to observe, participate in and/or monitor and guide their online activity. http://kakiviralkini.blogspot.my/ does not knowingly collect any personally identifiable information from children under the age of 13. If a parent or guardian believes that http://kakiviralkini.blogspot.my/ has in its database the personally-identifiable information of a child under the age of 13, please contact us immediately (using the contact in the first paragraph) and we will use our best efforts to promptly remove such information from our records.
Online Privacy Policy Only
This privacy policy applies only to our online activities and is valid for visitors to our website and regarding information shared and/or collected there. This policy does not apply to any information collected offline or via channels other than this website.
Consent
By using our website, you hereby consent to our privacy policy and agree to its terms.
Privacy Policy Online Approved Site
Update
This Privacy Policy was last updated on: Wednesday, February 22nd, 2017.
Should we update, amend or make any changes to our privacy policy, those changes will be posted here.

6 Barang Yang Kita Patut Cuci Setiap Hari, Tapi Kita Tak Buat

Ada beberapa jenis barang yang kita guna setiap hari dan kita perlu cuci setiap hari. Malangnya, kita selalu ambil mudah dan ada yang kita tak pernah cuci langsung! Kat bawah ni ada 6 barang yang kita guna selalu dan patut cuci setiap hari. 
1. Tuala tangan kat dapur ni lah semua guna untuk lap tangan lepas cuci kan. Bayangkan berapa banyak lah bakteria kat situ. Cuci lah setiap hari kalau keluarga anda besar, atau mungkin beberapa hari sekali. 
2. Kunci. Rasanya tak ada siapa pun yang cuci kunci kereta, kunci rumah dan sebagainya kan? Apa kata lepasni cuci guna tisu antiseptik 
3. Span basuh pinggan kita guna untuk mencuci pinggan. Tapi kita tak sedar yang span ni juga perlu dicuci. Kadang-kadang tu dah sampai berlendir dan berbau. Geli nak cuci pinggan guna span tu balik!
4. Sinki ni ramai yang tahu kena cuci tapi tak ramai yang rajin nak cuci kan? Hihi
5. Cutting board ni kita gunakan untuk potong pelbagai jenis bahan. Kering ke basah ke tetap kena cuci sebersihnya! 
6. Berus make up. Ada perempuan yang tak pernah langsung basuh berus make up. Eeeee, gelinya! Cuci selalu tauuuu sebab kulit muka kita tu kotor!

sumber : erafm

Kerana Song Ji Hyo, Running Man Dikritik Netizen

Netizen mengkritik program Running Man dalam episod terbaru selepas rancangan berkenaan memaparkan Song Ji Hyo dipaksa menyentuh serangga dalam sebuah kotak misteri yang disediakan.
Ji Hyo terpaksa menyentuh serangga tersebut sebagai hukuman kerana tidak dapat menyelesaikan misi yang diberikan untuk episod tersebut. Ji Hyo yang dilihat ketakutan itu merayu kepada Ha Ha untuk menyelamatkan dirinya.

Dalam keadaan yang mencemaskan, Ji Hyo segera menarik tangannya dari kotak misteri dan berlari sehingga terjatuh.
Rata-rata Netizen meluahkan rasa marah mereka dan mendakwa pihak produksi tidak peka terhadap keselamatan Ji Hyo yang mempunyai masalah fobia terhadap serangga.
Netizen juga menyatakan pihak produksi running man sudah kekeringan idea untuk menjadikan Running Man lebih menarik seperti musim dahulu. Malah, ada Netizen meminta pihak produksi Running Man melantik semula produser sebelum ini untuk mengetuai Running Man.

Sumber dari Astro Gempak dan Korean Top News, erafm

Apa dah jadi sekarang? Ramai orang Malaysia buat hal di Korea

Korea Selatan yang dahulunya disenaraikan sebagai negara miskin kini sudah berkembang pesat. Ditambah pula dengan fenomena K-Pop, program TV mereka yang menarik sedikit sebanyak membantu industri pelancongan dalam negara. Siap ada yang berhijrah ke sana. 

Tetapi menurut pengembara, Mazlan Zonan, ramai rakyat Malaysia yang buat hal di Korea dan bersepah-sepah rakyat Malaysia di tahan di negara itu. 




Rupanya dah setahun aku tinggalkan Korea. Ingatkan cerita Korea dah habis, rupnya tidak. Sudah semakin ramai orang kita yang bekerja di Korea. Yang overstay pun ramai. Ramai yang cakap tak boleh hidup di Malaysia, kena pergi Australia, Korea bagai. 

Tetapi, apa yang dah jadi sekarang? Ramai orang Malaysia buat hal di Korea, dah macam Australia dah sekarang. Dulu nak dengar orang Malaysia ditahan di airport Korea, susah. Tapi sekarang bersepah-sepah yang kena tahan. 

Kau nak kerja cari duit, itu kau punya pasal tapi janganlah overstay. Kau nak kerja kilang, kau janganlah buat hal. Kerja malas, banyak alasan dan banyak cuti. Kemudian kau fikir bos kau nak bayar gaji kau penuh? 

Dah nature orang belah timur ini memang kerja seperti lembu. Kau yang bodoh pergi sana tak buat sebarang kajian dulu. Lepas itu cakap kerja berat, susah, tak boleh nak buat kerja. At the first place, kau datang Korea dulu, kau fikir kau akan kerja office? Ha?? 

Ada yang dah ada tempat tinggal, cermin tingkap pecah pun kau nak complaint. Selepas itu report pula pada mak kau. Mak kau pula report pada polis Malaysia. Kau ingat polis nak layan drama bodoh kau? Ada yang sembang nak datang dan cuba survive di Korea. Kemudian bawa bekalan RM300 sahaja. Lepas itu menyusahkan orang lain. 

Ada yang cakap nak kerja di Korea tetapi kad bank tak aktifkan international withdrawal. Ada yang aktifkan pun hanya dua minggu saja. Mak abah tok kau nak kirim duit dari Malaysia pun tak boleh. Sekali lagi dah menyusahkan mak abah dan member lain. Suruh call atau Google untuk aktifkan, kau tak reti. Waklu!

Kau nak buat research pun kau malas. Sebab itu kau kena tipu dengan agent dan tersungkur. Kau datang time winter, kemudian menyalak sejuk tak boleh buat kerja. Habis, kau ingat Korea setiap bulan panas saja ke, tak ada musim sejuk? Kau tak kaji dulu ke sebelum datang? 

Aku selagi boleh bagi nasihat baik-baik, aku cakap baik-baik. Tapi hal-hal bodoh macam ini aku tak boleh nak bertolak ansur. Nak keluar Malaysia konon nak ubah nasib tapi perangai Melayu bodoh kau tak tinggalkan di Malaysia. Apa kau ingat kau di Malaysia ke?

Yang paling celaka, dah dapat contact boss-boss, kau pula jadi agent kerja dengan alasan nak tolong Melayu. Kemudian kau kenakan service charges RM3,000. Kepala hotak kau! Kau inilah punca orang Melayu tersadai di Korea. 

Kalau tak percaya, pergi ke Itaewon, berlambak orang Melayu tipu Melayu ini terpacak di sana acah-acah jadi agent kerja. 

Guys, tak kiralah sesiapa pun yang keluar, tolonglah jaga nama Malaysia. Jangan disebabkan korang, orang lain dapat susah. Macam mana imigration Australia buat bila nampak orang Melayu Malaysia, mungkin ini yang akan berlaku di Korea. 

As traveller, aku bimbang hal-hal seperti ini. Jangan sampai nama orang Malaysia masuk dalam senarai imigresen seperti Rusia dan Thai. Imigresen Korea beri upah US$100 kalau ada laporang yang mengatakan orang Thailand atau Rusia buat kerja-kerja haram. 

Jadi, kalau pergi mana-mana pun janganlah bawa telur dengan biji saja, bawalah akal sekali. 

Oleh Mazlan Zonan, sumber : thereporter

Sungguh Lama Penerbangan Ni 16 Jam 23 Minit, Sejauh 14, 535 Kilometer


Qatar Airways miliki sejarah tersendiri apabila menjadi penerbangan komersial yang melakukan penerbangan paling lama dari Doha ke Auckland iaitu selama 16 jam 23 minit sejauh 14, 535 kilometer. 
Ini adalah beberapa fakta menarik mengenai penerbangan ini. 
1. Penerbangan paling jauh selepas Emirates, iaitu dari Dubai - Auckland sejauh 14,199 kilometer
2. Pesawat Boeing 777-200LR merentasi 10 zon masa dalam perjalanan itu.
3. Penerbangan ini lebih lama daripada tayangan semua filem Lor of the Rings dan The Hobbit. 
4. Memerlukan 4 juruterbang dan 15 kru kapal
5. 1, 100 cawan teh dan kopi, 2, 000 gelas air sejuk dan 1, 036 makanan telah dihidangkan dalam penerbangan ini. 
Oleh: Aimi Nordin Sumber: HMetro dan Bloomberg, erafm

Ini Kebaikan Pada Tubuh Anda Jika Tidur Tanpa Menggunakan Bantal

Tidur dengan bantal sudah menjadi tabiat kita semua ketika tidur. Tapi ada segelintir yang berpendapat tidur dengan bantal sebenarnya adalah kurang sihat. Adakah ianya benar?
Para doktor pula berpendapat tidur tanpa menggunakan bantal sebenarnya menjadikan tubuh badan kita lebih sihat dan semestinya ada sesetengah pihak yang menafikan kenyataan ini kerana tidur dengan bantal boleh membuatkan kita tidur dengan lebih nyenyak dan menjadikan tidur kita lebih berkualiti. Sebenarnya ada beberapa manfaat jika kita tidur tanpa menggunakan bantal. Info ini kami ambil dari WittyFeed.
1.Baik Untuk Wajah
Tidur tanpa bantal dapat menjadikan kulit lebih cantik dan membantu mengurangkan kedutan pada wajah. Ini kerana kulit wajah tidak terkena geselan pada bantal.
2. Baik Untuk Tulang Belakang
Tidur tanpa bantal membolehkan tulang belakang anda berehat dalam posisi secara semulajadi dari tubuh anda. Ketika anda tidur menggunakan bantal, ianya akan dapat mengubah posisi tulang belakang anda.
3. Baik Untuk Leher
Tidur tanpa bantal adalah ubat terbaik untuk mengatasi dan mencegah masalah sakit pada bahagian bahu dan juga leher anda.
4. Memulihkan Struktur Tulang
Tidur tanpa bantal dipercayai boleh meluruskan dan memulihkan struktur tulang. Ianya juga dapat mengurangkan masalah bongkok pada tubuh badan.
Sumber dari Witty Feed, erafm

5 Cara Mudah Untuk Hilangkan Lingkaran Gelap Di Bawah Mata


Imej dari treatcurefast.com
Lingkaran gelap bawah mata bukanlah hanya berpunca dari tidur yang tak mencukupi. Sebenarnya ada beberapa sebab yang menyebabkan lingkaran di bawah mata semakin gelap. Antaranya, kekurangan vitamin atau zat dalam badan, masalah hidung sering tersumbat dan mungkin juga disebabkan faktor genetik atau keturunan.
Berikut merupakan beberapa tips mudah untuk menghilangkan lingkaran di bawah mata anda:
1. Pudina
Sapukan daun pudina yang telah hancur pada bahagian bawah mata. Cara ini dikatakan mampu untuk mengurangkan warna gelap di bahagian bawah mata.
2. Ubi Kentang
Ambil hirisan ubi kentang dan letakkan pada bawah mata.
3. Dehidrasi
Banyakkan minum air. Bila badan anda kurang air badan anda akan mengalami dehidrasi ini akan menyerlahkan lagi lingkaran gelap bawah mata anda. 
4. Tidur yang secukupnya
Kurang tidur bukanlah penyumbang utama masalah lingkaran gelap bawah mata cumanya ia akan memburukkan lagi masalah anda itu. Bila kurang tidur, kulit akan hilang keanjalan serta kelembapan.
5. Uncang teh
Letak uncang teh yang dah direndamkan ke dalam air di dalam peti ais dan biarkan ianya sejuk dahulu. Uncang teh yang disejukkan mampu untuk mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata anda.  Kemudian letak uncang teh tersebut di permukaan mata anda selama 15 – 20 minit.
sumber : sajakongsi

Tuan Kucing Malang Ini Dikecam Teruk Gara-Gara Tindakan Gilanya


Aleksander yang berasal di bandar Yekatering di Sverdlovsk Oblast, wilayah tengah di Rusia mengaku tindakannya salah selepas aktivis haiwan, Yelizaveta Skorynina mengecam perbuatan Aleksandr dengan menyifatkannya sebagai kejam.
Kata Yalzaveta lagi, Aleksander bertindak sedemikian hanya semata-mata untuk memuaskan hatinya.
Difahamkan, ini merupakan kali keempat Aleksander mentatu Demon, kucing jenis Sphnyx ini. Dia juga menyatakan yang dia telah memberi kucing malang itu ubat tahan sakit sebelum mentatu kucing malang itu.




Kaedah Baru Guna Pembalut Luka Ini Dikatakan Genius, Ia Akan Mengubah Cara Anda Guna Pembalut Luka Selama-lamanya

bandage-thumb
Hampir satu abad pembalut luka ini dicipta dan tidak banyak perubahan dalam penggunaan balutan terutamanya bagaimana ia dibuat dan digunakan.
Seorang pengguna Twitter di Jepun yang dikenali sebagai @ponzuyo, bagaimanapun telah mengubah cara penggunaan pembalut luka tersebut.
@ponzuyo telah berkongsi kaedah yang lebih baik untuk menggunakan pembalut luka dan Tweet tersebut telah menerima sebanyak 88,000 retweet setelah ia dimuat naik.
Keadah baru ini akan memastikan pembalut luka lebih kemas dan selesa untuk digunakan.
Lihat tweet @ponzuyo di bawah.
screen-shot-2017-02-07-at-12-48-32-pm
Tak pun, anda juga boleh belajar menggunaka trik ini menerusi video di bawah.