Our social:

Latest Post

7 Jenis Makanan Walaupun dah Tamat Tempoh Tapi Masih Boleh Dimakan


Child reading ingredients
Bukan semua makanan yang dah expired tak boleh dimakan. Tapi kalau makanan tu dah bau masam, rupa pun dah lain macam je, baik lah jangan makan. Nanti anda keracunan makanan pula.
Berikut merupakan senarai makanan yang masih boleh dimakan walaupun dah expired.
1. Keju
Kalau ada kulat pada bahagian permukaan keju tu, buang je bahagian yang rosak tu dan selebihnya ia masih lagi boleh dimakan.
2. Pasta
Pasta boleh bertahan antara 1 hingga 2 tahun. Ianya boleh bertahan lebih lama sekiranya bahan tersebut tidak mengandungi air. Pasta yang sudah dimasak juga boleh bertahan sehingga tiga minggu asalkan ia kering (tidak mengandungi air).
3. Roti
Roti yang dah expired masih boleh dimakan walaupun terdapat kulat. Cumanya kalau roti tu dah berbau masam, baik jangan makan! 
4. Yogurt
Yogurt yang telah tamat tempoh yang masih lagi belum dibuka dan disimpan di dalam fridge boleh dimakan selepas satu hingga dua minggu dari tarikh luput yogurt tersebut.
5. Coklat
Lapisan putih yang terdapat pada coklat yang dah expied tu bukan kulat tau. Ia dipanggil chocolate bloom yang terhasil dari gula ataupun lemak. Ianya selamat untuk dimakan jika anda disimpan di dalam ruang sejuk beku.
6. Sayur-sayuran yang dibungkus
Jangan risau, lebam yang terdapat pada buah dan sayur, tak merbahayakan selagi ia tidak busuk.
7. Cereal atau bijirin sarapan pagi
Kalau anda simpan cereal di tempat yang kering dan tidak terdedah pada cahaya matahari, ia masih boleh dimakan dalam tempoh sebulan dari tarikh luput tersebut
Sumber: Hanasuva, sajakongsi

10 Rahsia Untuk Menjimatkan Tenaga Elektrik


tarif-elektrik
#1 – Tutup atau cabut plag peralatan elektrik apabila tidak digunakan. Semua peralatan seperti pemain DVD, television, dan radio menggunakan sedikit tenaga apabila dalam mod rehat (tidak dimatikan). Mod rehat biasanya menggunakan hampir 20% tenaga berbanding kegunaan biasa.
#2 – Gunakan cat yang cerah untuk bilik, ia membantu pemantulan cahaya daripada lampu yang dipasang.
#3 – Bersihkan peralatan anda lebih kerap. Apabila kotoran mula terkumpul di atas permukaan peralatan tersebut,  ia akan menggunakan lebih banyak tenaga elektrik. Sebagai contoh  kipas siling kat rumah korang tu, kalau berhabuk sangat baik bersihkan!
#4 – Tempatkan papan atau almari kayu di dinding atau ruang yang menghadap matahari naik. Untuk pengetahuan semua, kayu boleh menyerap haba, dan secara tidak langsung ia mengurangkan kepanasan dalam bilik.
#5 – Guna laptop! Laptop menggunakan hampir 30 % kurang tenaga berbanding komputer (desktop).
#6 – Tutupkan suis kipas apabila anda tiada dalam bilik . Kipas hanya mengurangkan kepanasan badan, ia tidak dapat mengurangkan suhu bilik. Dengan membiarkan kipas berfungsi ia tidak dapat menjadikan bilik sejuk.
#7 – Menyeterika pakaian dengan banyak sekaligus, ini boleh mengelakkan pembaziran pemanasan semula seterika setiap kali digunakan.
#8 – Tetapkan suhu penyaman udara pada 24 – 26 C. Perubahan dari 20 ºC ke 24 ºC dapat menjimatkan tenaga hampir 33%. Tingkap dan pintu mesti sentiasa di tutup rapat untuk mengelakkan udara sejuk daripada terbebas.
#9 – Biarkan peti sejuk dimuatkan tidak melebihi dua per tiga (66.7 %) penuh dan ruangan sejuk beku 3 suku (75 %) penuh, serta tutup semua cecair serta bekas makanan dalam peti sejuk . Makanan yang tidak di tutup dan peti sejuk yang kosong mengambil lebih banyak tenaga untuk menyejuk.
#10 – Lagi banyak air yang korang masak dalam cerek elektrik tu, lagi banyaklah elektrik yang digunakan. Dengan itu, masaklah air dengan kuantiti yang diperlukan sahaja.

sumber : sajakongsi

Apa Kesalahan Dalam Gambar Ni? 90% Orang Tak Perasan

Meluangkan masa dengan menyelesaikan teka-teki memang sangat menghiburkan tetapi ianya sangat memeningkan. Cuba anda selesaikan teka-teki bergambar ini.
Teka-teki bergambar yang dimuatnaik oleh Playbuzz ini memaparkan sebuah gambar meja dengan beberapa barang yang diletakkan diatasnya.
Cuba anda cari kesalahan di dalam gambar ini. Jumpa atau tidak?
Putus asa?
Haa, kalau anda nak tahu, kalendar di atas meja itu adalah kesalahannya. Tiada 31hb di dalam bulan Jun.
Haa, sekarang dah tau kan jawapannya. Hihi. 😁
Sumber : PlayBuzz, erafm

Minum Sambil Makan Bagus Untuk Penghadaman | Betul ke?

Minum air ketika makan bagus atau tak ?
Ramai yang kata minum ketika makan tak bagus untuk proses penghadaman. Ada yang memilih untuk minum selepas makan sebabnya tak mahu air menganggu proses penghadaman tersebut. Betul ke? Apa kata kita tahu dulu proses penghadaman tu bagaimana. 
Penghadaman bermula dari mulut anda, sebaik sahaja mula mengunyah makanan. Semasa mengunyah isyarat kelenjar air liur akan mula menghasilkan air liur atau saliva, yang mengandungi enzim yang membantu memecahkan makanan.
Air liur juga membantu melembutkan makanan, membuatkan ia berjalan lancar ke bawah esofagus dan ke dalam perut.
Sebaik sahaja di dalam perut anda, makanan bercampur dengan jus gastrik berasid, menghasilkan cecair tebal dikenali sebagai chyme. Chyme akhirnya bergerak ke arah bahagian pertama usus kecil.
Dalam usus kecil, chyme bercampur dengan enzim pencernaan dari asid pankreas dan hempedu. Ini turut memecahkan chyme, menyediakan nutrien untuk penyerapan ke dalam aliran darah.
Kebanyakan nutrien diserap sebagai chyme bergerak melalui usus kecil. Hanya sebahagian kecil masih belum dapat diserap sebaik sahaja ia mencapai usus besar.
Sekali dalam aliran darah, nutrien akan dihantar ke kawasan-kawasan yang berlainan di badan. Penghadaman berakhir apabila bahan-bahan sisa dikumuhkan dari usus besar melalui rektum. Bergantung kepada apa yang anda makan, proses penghadaman keseluruhan ini boleh mengambil masa dari 24 hingga 72 jam.
Jadi, apakah bagus minum air semasa makan?
  • Cecair membantu memecahkan ketulan besar makanan, menjadikannya lebih mudah untuk dibawa ke bawah esofagus anda dan ke dalam perut.
  • Ia juga membantu makanan bergerak dengan lancar, mencegah kembung dan sembelit.
  • Tambahan pula, perut merembeskan air, bersama-sama dengan asid perut dan enzim pencernaan, semasa penghadaman.
  • Jadi, air sangat diperlukan untuk fungsi enzim ini berjalan dengan lancar.
Terpulang sama ada nak minum sebelum makan atau semasa makan kerana air tu sangat sangat penting dalam proses penghadaman :)

Oleh: Aimi Nordin Sumber: AuthorityNutrition, erafm

10 Kesalahan Terbesar Di Dalam Sejarah Industri Teknologi





Seperti yang anda tahu, industri teknologi bergerak dengan sangat laju. Buat para pengguna, mereka mungkin tidak perlu tergesa-gesa untuk mengikuti teknologi yang ada. Namun, lain ceritanya dengan pengeluar atau syarikat teknologi dimana inovasi produk dan permintaan pelanggan merupakan elemen penting.
Siapa sangka, syarikat-syarikat besar juga tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Melepaskan peluang yang tersedia mungkin membuatkan syarikat mereka menjadi mangsa bankrap. Berikut merupakan 10 kesalahan terbesar di dalam sejarah industri teknologi ketika ini.
  1. Kodak

Percaya atau tidak, Kodak berpeluang untuk menjadi pioneer di dalam industri kamera digital. Idea untuk memperkenalkan kamera digital kepada umum ini telah dicadangkan oleh salah seorang engineer yang bekerja di Kodak. Malangnya, idea tersebut sekadar menjadi bahan ketawa dan dianggap tidak releven.
Pada 2012, syarikat ini diisytiharkan bankrap atas sebab gagal untuk mengikuti perkembangan teknologi semasa.

2. Yahoo

Ketika mana Yahoo menjadi pilihan ramai pengguna, Google baru sahaja ditubuhkan. Syarikat Yahoo yang pada ketika merupakan sebuah syarikat yang kaya antara yang berminat untuk mendapatkan Google namun memihak untuk tidak membeli atas sebab tidak cukup bagus.
Dua dekad berlalu, dianggarkan Google telah dinilai dengan harga $500 billion manakala Yahoo pula dibawah $35 billion.

3. Ron Wayne

Menyebut tentang individu terawal Apple, pastinya ramai yang akan menyebut Steve Jobs dan Steve Wozniak. Dalam pada itu, ramai yang tidak mengetahui Ron Wayne juga salah satu daripadanya dan juga merupakan co-founder ketiga Apple.
Mungkin kerana mengagap nilai yang diterimanya pada 1976 sudah cukup besar, beliau telah menjualnya dengan 10% kepentingan saham syarikat Apple yang kini bernilai $50 billion.

4. Microsoft Zune

Tidak semua produk yang dikeluarkan Microsoft berjaya dijual dan menjadi pilihan pengguna. Microsoft Zune antara produk keluaran Microsoft yang dikatakan gagal dengan teruk. Dikeluarkan pada 2006, ternyata Microsoft Zune tidak cukup menyakinkan pembeli setelah para pengguna lebih berminat untuk menggunakan iPod touch seterusnya iPhone pada 2007.

5. Real Networks

Rekaan asal iPod pertama hadirnya daripada individu bernama Tony Fadell. Beliau yang pada mulanya mahu menjual idea beliau kepada Real Networks telah memilih Apple setelah syarikat Real Networks tidak berminat dengan idea yang dilontarkan beliau. Produk tersebut terus berjaya menjadi pilihan pengguna sekaligus menjadi antara produk keluaran Apple yang paling berjaya.
Untuk pengetahuan anda, Real Networks juga merupakan syarikat yang mengeluarkan software Real Player yang pernah popular suatu ketika dahulu.

6. Apple

Konflik diantara Steve Jobs dan Apple telah membuatkan Steve Jobs akhirnya dibuang daripada syarikat yang dibangunnya sendiri pada 1985. Steve Jobs terus melakar nama di NeXT dan Pixar manakala syarikat Apple dikatakan terus jatuh ketika itu.
Pada 1997, NeXT telah bergabung bersama Apple seterusnya Steve Jobs telah dilantik sebagai CEO syarikatnya sendiri. Menggunakan tagline ‘think different’, Apple terus maju dibawah kepimpinan Steve Jobs dengan memperkenalkan iPod, iPhone, iMac dan Macbook.

7. Nintendo

Ramai yang tidak tahu Nintendo dan Sony pernah bekerjasama membangunkan konsol ketika zaman awal 90-an. Namun perancangan tersebut dikatakan gagal seterusnya Nintendo bekerjasama dengan Philips manakala Sony membangunkan PlayStation.
Bermula zaman PlayStation 1, konsol Sony terus menjadi pilihan pengguna diikuti dengan Microsoft Xbox.

8. Western Union

Seperti juga kesilapan yang dilakukan Real Networks, Western Union juga telah menolak idea Alexander Graham Bell dalam memperkenalkan penjualan telefon. Kecewa dengan idea yang tidak diterima, Graham Bell telah menubuhkan Bell Telephone Company yang pada ketika ini lebih dikenali dengan AT&T.

9. Blockbuster

Ketika tahun 2000, Blockbuster selaku syarikat penjualan yang menjual DVD filem dan series  berpeluang untuk mendapatkan Netflix dengan harga $50 juta.
Memikirkan idea tersebut yang tidak berpatutan dengan harganya, Blockbuster seterusnya menolak pelawaan tersebut. 17 tahun kemudian, Netflix kini bernilai $32.9 billion manakala idea penjulaan DVD tidak lagi releven.

10. Bill Gates

Ketika 1997, Bill Gates bersama Apple telah menandatangani suatu perjanjian dimana Microsoft bersetuju untuk menawarkan Apple $150 juta dengan syarat pertukaran beberapa maklumat penting dan pattern di dalam produk mereka.
Dikatakan langkah yang terpaksa Bill Gates lakukan ini adalah bagi mengelakkan daripada Microsoft terlibat dengan undang-undang ‘anti monopoly’ Amerika Syarikat.
Bantuan‘ dana yang diterima Apple ini sekaligus menjadi batu loncatan untuk Apple terus bersaing di dalam industri bersama pencabar mereka Microsoft. Jika perkara ini tidak berlaku, bayangkan bagaimana agakanya Microsoft mendominasi pasaran komputer ketika ini.

Rumusan

Seperti yang anda dapat lihat, jatuh bangun di dalam syarikat teknologi itu biasa. Inovasi dan bagaimana produk yang dikeluarkan sesuai dengan kehendak pengguna antara yang memisahkan produk tersebut berjaya atau tidak.
Jika anda pernah terlepas peluang atau melakukan kesilapan semasa membangunkan syarikat, anggaplah perkara tersebut sebagai pengajaran. Syarikat-syarikat besar juga pernah melakukan perkara yang sama. Pantas bertindak supaya kesilapan yang sama tidak diulangi lagi.

sumber : thevocket

Siapa Kata Cabut Uban Boleh Tumbuh Lagi Banyak Kena Baca Ni


Pasti ramai dikalangan anda yang takut nak cabut uban sebab takut ia akan tumbuh dengan lebih banyak. Betul atau tidak?
Tahukah anda semua itu ada mitos semata-mata. Rambut berwarna putih atau uban itu terhasil kerana adanya perubahan warna dari pigmen rambut yang dikenali sebagai melanin.
Bukan itu sahaja, perubahan warna rambut juga terjadi akibat kurangnya oksigen yang diterima batang rambut. Batang rambut menerima sari-sari makanan dari ujung-ujung pembuluh darah dan zat yang dihisap tersebut kekurangan oksigen. Itulah sebabnya mengapa susunan rambut menjadi tidak sihat, kemudiannya mempengaruhi melanin rambut dan terjadilah uban.
Jadi, jangan takut nak cabut ubat tu tapi cabut jangan sampai botak pula.

Sumber: meetdoctor, sajakongsi

5 Trik Kuruskan Badan Yang Tak Ada Orang Pernah Bagi Tahu

Macam-macam tips dan cara orang kongsi untuk kuruskan badan. Makan itu lah buat senaman ini lah. Tapi 5 trik ni tak pernah ada orang kongsi pun? Haaa, ni kami kongsi. 
1. Kalau lapar, hidu pisang
Bau pisang je boleh kurus? Ada satu kajian mendedahkan sekiranya korang tengah lapar, cuba hidu pisang, epal atau daun pudina. Dengan cara ni boleh memberitahu otak bahawa korang sedang makan walaupun tak. 
2. Bila makan luar, ambil portion yang kecil 
Nak kurus tapi nak makan banyak. Salah tu. Kalau makan kat luar, cuba tengok menu dan ambil portion yang sikit. 
3. Makan sorang lagi bagus daripada makan beramai-ramai
Percaya tak bila makan ramai-ramai lagi berselera? Lagi ramai, lagi lama kat meja, lagi banyak lah korang makan. 
4. Biru kurangkan selera makan
Tukar alas meja warna biru, atau letak beberapa warna biru di meja makan kerana warna biru boleh mengurangkan selera makan. Pelik? Tak kerana inilah yang dipanggil pyschology in colors. 
5. Makan depan cermin
Kalau tengok diri sendiri depan cermin mesti korang tak selera nak makan atau berhenti makan terus!
 Oleh: Aimi Nordin Sumber: Brightsideerafm

[Video] 3310 Kini Kembali Dengan Ciri Moden!


screen-shot-2017-02-27-at-11-22-09-am
Pastinya ramai yang ternanti-nanti akan kemunculan design baru telefon Nokia 3310.
Selepas 17 tahun, akhirnya model 3310 ini muncul kembali dengan versi yang lebih moden. 
Nokia 3310 yang baru ini lebih nipis berbanding model pertama yang dikeluarkan, mempunyai skrin berwarna dengan skrin 2.4 inchi, format 320 x 240 dan berat 79.6gram. Malah, permainan snake turut dikekalkan. 
Didatangi dengan pelbagai warna dan dijual pada harga sekitar RM280.
screen-shot-2017-02-27-at-11-22-21-am

Jangka Hayat Wanita Korea Lebih Lama Berbanding Wanita Dari Negara Lain



Imej dari Getty Images.
Kajian mendapati jangka hayat wanita Korea Selatan lebih lama berbanding wanita yang berasal dari negara lain. 
Wanita Korea Selatan yang lahir pada tahun 2030 dijangka hidup lebih dari 90 tahun. Bagi lelaki Korea Selatan pula, mereka dijangka hidup lebih dari 84 tahun.
Kajian berkaitan jangka hayat ini telah dikaji oleh beberapa orang penyelidik, malah sebuah jurnal bertajuk Jurnal Medikal United Kingdom, The Lancet turut diterbitkan.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, wanita dari Austalia, Perancis, Jepun dan Sepanyol turut mempunyai jangka hayat yang panjang. 
Difahamkan, pada tahun 2030, negara-negara maju mempunyai jangka hayat yang lama kerana teknologi kesihatan mereka yang canggih dan disebabkan itu penyakit kronik semakin berkurangan.
Sumber: Hanasuva, sajakongsi

Petua Nak Hilangkan Bintik Hitam Pada Pakaian


Kalau pakaian korang ada jeragat atau bintik hitam kecil yang banyak, ketahuilah itu sebenarnya kulat yang tumbuh pada baju akibat baju tersebut tidak kering atau lembap.
Dah basuh banyak kali pun masih tak hilang kan? Haa jangan risau , kami ada petua untuk korang hilangkan bintik hitam tersebut. Baca ni:
1. Campur cuka dalam setengah liter air
2. Rendam pakaian yang berbintik hitam ke dalam air campuran cuka semalaman.
3. Keesokannya, cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa.
4. Sediakan air panas yang dah dicampur dengan jeruk nipis.
5. Bilas pakaian dengan air suam hangat campuran jeruk nipis tadi.
6. Biar pakaian korang selama beberapa saat dalam air hangat campuran jeruk nipis.
7. Kemudian, cuci kembali guna sabun atau detergen
8. Bilas guna air bersih
9. Kemudian korang jemur sampai kering
Kemudian, kami ada tips nak elak bintik hitam timbul pada pakaian: 
-kalau korang seorang yang kuat berpeluh, pastikan baju tersebut terus dicuci. Jangan biarkan terperuk. 
-Kalau cuci baju, jangan biarkan samapi 2,3 hari baru nak jemur. Siap cuci terus jemur tau!
-Pastikan baju yang dijemur kering dengan betul, jangan angkat selagi baju tak kering.
p/s: untuk pengetahuan korang, Zat asam pada cuka dan jeruk nipis dipercayai boleh menghilangkan bintik hitam atau jeragat hitam pada pakaian.

Sumber mynewsvibes, sajakongsi

PRIVACY POLICY

Privacy Policy for Kaki Viral Kini

If you require any more information or have any questions about our privacy policy, please feel free to contact us by email at Privacy.
At http://kakiviralkini.blogspot.my/ we consider the privacy of our visitors to be extremely important. This privacy policy document describes in detail the types of personal information is collected and recorded by http://kakiviralkini.blogspot.my/ and how we use it.
Log Files
Like many other Web sites, http://kakiviralkini.blogspot.my/ makes use of log files. These files merely logs visitors to the site - usually a standard procedure for hosting companies and a part of hosting services's analytics. The information inside the log files includes internet protocol (IP) addresses, browser type, Internet Service Provider (ISP), date/time stamp, referring/exit pages, and possibly the number of clicks. This information is used to analyze trends, administer the site, track user's movement around the site, and gather demographic information. IP addresses, and other such information are not linked to any information that is personally identifiable.
Cookies and Web Beacons
http://kakiviralkini.blogspot.my/ uses cookies to store information about visitors' preferences, to record user-specific information on which pages the site visitor accesses or visits, and to personalize or customize our web page content based upon visitors' browser type or other information that the visitor sends via their browser.
DoubleClick DART Cookie
→ Google, as a third party vendor, uses cookies to serve ads on http://kakiviralkini.blogspot.my/.
→ Google's use of the DART cookie enables it to serve ads to our site's visitors based upon their visit to http://kakiviralkini.blogspot.my/ and other sites on the Internet.
→ Users may opt out of the use of the DART cookie by visiting the Google ad and content network privacy policy at the following URL - http://www.google.com/privacy_ads.html
Our Advertising Partners
Some of our advertising partners may use cookies and web beacons on our site. Our advertising partners include ....... 
  • Google
While each of these advertising partners has their own Privacy Policy for their site, an updated and hyperlinked resource is maintained here: Privacy Policies.
You may consult this listing to find the privacy policy for each of the advertising partners of http://kakiviralkini.blogspot.my/.
These third-party ad servers or ad networks use technology in their respective advertisements and links that appear on http://kakiviralkini.blogspot.my/ and which are sent directly to your browser. They automatically receive your IP address when this occurs. Other technologies (such as cookies, JavaScript, or Web Beacons) may also be used by our site's third-party ad networks to measure the effectiveness of their advertising campaigns and/or to personalize the advertising content that you see on the site.
http://kakiviralkini.blogspot.my/ has no access to or control over these cookies that are used by third-party advertisers.
Third Party Privacy Policies
You should consult the respective privacy policies of these third-party ad servers for more detailed information on their practices as well as for instructions about how to opt-out of certain practices. http://kakiviralkini.blogspot.my/'s privacy policy does not apply to, and we cannot control the activities of, such other advertisers or web sites. You may find a comprehensive listing of these privacy policies and their links here: Privacy Policy Links.
If you wish to disable cookies, you may do so through your individual browser options. More detailed information about cookie management with specific web browsers can be found at the browsers' respective websites. What Are Cookies?
Children's Information
We believe it is important to provide added protection for children online. We encourage parents and guardians to spend time online with their children to observe, participate in and/or monitor and guide their online activity. http://kakiviralkini.blogspot.my/ does not knowingly collect any personally identifiable information from children under the age of 13. If a parent or guardian believes that http://kakiviralkini.blogspot.my/ has in its database the personally-identifiable information of a child under the age of 13, please contact us immediately (using the contact in the first paragraph) and we will use our best efforts to promptly remove such information from our records.
Online Privacy Policy Only
This privacy policy applies only to our online activities and is valid for visitors to our website and regarding information shared and/or collected there. This policy does not apply to any information collected offline or via channels other than this website.
Consent
By using our website, you hereby consent to our privacy policy and agree to its terms.
Privacy Policy Online Approved Site
Update
This Privacy Policy was last updated on: Wednesday, February 22nd, 2017.
Should we update, amend or make any changes to our privacy policy, those changes will be posted here.