22 Pekerjaan Gaji Tinggi Tanpa Perlukan Segulung Ijazah
17 Pekerjaan
Gaji Tinggi Tanpa Perlukan Segulung Ijazah
Di Negara Malaysia untuk memohon perkerjaan adalah memerlukan minama kelulusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), bahkan juga ada syarikat swasta hanya memerlukan kelulusan minima Diploma yang diiktiraf, malah setiap pelajar dan graduan juga digalakkan dan harus aktif dalam aktiviti kokurikulm bagi mendapatkan mata merit yang baik dan mendapat sijil berhenti sekolah dengan ulasan yang positif.
Adalah benar apabila perkara yang
sering kali diterapkan dalam minda sejak dari awal seseorang itu bagi mendapatkan pendidikan adalah dengan," belajar rajin-rajin... biar dapat
masuk Universiti (lulusan ijazah) barulah boleh hidup senang (gaji
tinggi)". Di Malaysia, setiap belia yang mahukan pekerjaan dengan gaji
yang lumayan perlu memiliki lulusan ijazah dari mana-mana institusi-institusi
tinggi (Universiti). Tidak kiralah pemohonan di agensi kerajaan mahupun swasta.
Namun penerapan itu ternyata meleset sama sekali. Sebenarnya, tanpa ada kelulusan
ijazah seseorang itu juga mampu berjaya mendapatkan masa depan yang cerah.
Kelulusan ijazah dari Universiti bukanlah ukuran bagi seseorang itu mendapatkan
pekerjaan yang tinggi dan lumayan gajinya.
Bagi anda yang
mempunyai kelulusan setakat SPM sahaja, tidak perlu dirisaukan lagi..
Sebenarnya, pekerjaan dengan gaji lumayan yang ada diluar sana, bukanlah
semata-mata untuk mereka yang berkelulusan tinggi. Terdapat banyak
peluang-peluang pekerjaan yang boleh kita ceburi dan terokai.
Berikut adalah
17 pekerjaan (kerjaya) yang boleh memberikan pendapatan (gaji) yang paling
tinggi dan lumayan tanpa sebarang kelulusan ijazah.
1. JURUTERBANG
Juruterbang |
Kerjaya ini
memerlukan modal yang besar, kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda
bergelar seorang juruterbang bertauliah hampir mencecah ratusan ribu ringgit.
Namun, kerjaya ini menjanjikan pulangan yang amat lumayan apabila mereka bakal
memperoleh gaji pendapatan paling tinggi.
2. AGEN INSURANS
Ejen Insurans |
Untuk bergelar
agen insurans tidak perlu lulusan ijazah, kerana mereka perlu lulus satu ujian
berkaitan. Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Kurnia Insurans Berhad, Etiqa Takaful
Berhad, Prudential BSN Takaful Berhad dan lain-lain, antara syarikat yang cukup
dikenali yang telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Ramai di antara
mereka yang menceburi bidang ini telah bergelar jutawan.
3. PENASIHAT
KEWANGAN
Penasihat Kewangan |
Penasihat
kewangan, yang juga dikenali sebagai 'wealth advisor' adalah individu yang
bertanggungjawab mengurus dan memberi khidmat nasihat tentang pelaburan
kewangan kepada pelanggan atau majikannya. Biasanya, khidmat ini ditawarkan
daripada mana-mana institusi kewangan dan perbankan.
4. AGEN HARTANAH
Ejen Hartanah |
Agen hartanah
(property agent) juga tersenarai dalam kerjaya yang mendatangkan pendapatan
yang tinggi (tidak dinafikan). Setiap agen hartanah profesional hanya perlu
mengikuti satu pensijilan tanpa memerlukan kelulusan ijazah. Pendapatan agen
hartanah sangat lumayan, hasil urus niaga harga hartanah yang berjaya dijual.
Pulangannya dianggarkan mencecah untung hingga 5-6 angka.
Seterusnya,
seseorang itu juga mampu menjana pendapatan yang lumayan jika meminati dan
menceburi bidang 'Oil and Gas' seperti mana yang disediakan oleh Petronas,
MMHE, Talisman Energy dan Schlumberger. Bagi menjadi tenaga kerja pakar dan
berkelayakan, mereka perlu menjalani khusus serta lulus mendapatkan sijil-sijil
profesional yang ditawarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran
(SkillsMalaysia), DOSH dan juga CSWIP. Sijil yang dikeluarkan CSWIP ini bukan
sahaja untuk sah di Malaysia, bahkan juga mempunyai kelebihan apabila diiktiraf
di peringkat antarabangsa.
Rig Operator /
Operator Pelantar Minyak telah menjanjikan pendapatan gaji yang tinggi.
Biarpun Kerjaya
dalam bidang 'Oil and Gas' menjanjikan tawaran gaji yang tinggi, namun, harus
diingat bahawa pekerjaan ini terdedah pelbagai risiko.
5. WELDING
INSPECTOR
6. WELDING QC
Co-ordinator
7. PLANT
INSPECTOR
8. OFFSHORE
INSPECTION
9.
NON-DESTRUCTIVE TESTING
10. PLASTICS
WELDERS
11. WELDER
(terdapat pelbagai pengkhususan)
12. SAFETY &
HEALTH OFFICER
Safety &
Health Officer, ditugaskan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja
di tempat kerja mengikut Standard DOSH. (Tanggungjawab besar)
Sebagai pekerja
am yang ditugaskan untuk membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Latihan
dalam bekerja, untuk memperolehi kemahiran dalam bidang 'Oil and Gas'.
Kerjaya dalam
tugasan pemasangan dan pengujian eletrik di sesebuah tapak. Wireman terbahagi
kepada beberapa peringkat, yang seperti mengendalikan litar satu fasa atau tiga
fasa bagi kawasa kediaman atau komersil.
Menggalas
tugasan kerja dalam pengendalian sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan
Rendah.
RoHs atau
'Restriction Of Hazardous Substances Directive' adalah ditugaskan untuk
menapis, memeriksa atau menyekat penggunaan bahan berbahaya dalam peralatan
elektrik dan eletronik. Memiliki kuasa dalam pengesahan barangan elektrik dan
eletronik mengikuti Standard RoHS. Khidmat pengawai RoHS di malaysia, sangat
ditagihi syarikat pembuatan barangan seperti ini pada peringkat antarabangsa.
Untuk menjadi pengawai RoHS, mereka tidak perlu lulusan tinggi (Ijazah),
sebaliknya perlu menduduki kursus pensijilan yang disediakan oleh beberapa agensi.
Laman web atau
Blog, aset paling bernilai
17. BLOGGER
Sememangnya tidak
dinafikan, kerjaya sebagai seorang blogger mampu memperoleh pendapatan (gaji)
yang amat lumayan dan tinggi. Menjadi seorang blogger itu, sememangnya tidak
memerlukan sebarang kelulusan kerana dia adalah boss dan dia juga adalah
pekerja. Lebih menguntungkan, pendapatan blogger (benar-benar berjaya &
berpengaruh) boleh dikatakan mampu menyaingi pendapatan mereka yang bekerja
dengan kelulusan yang tinggi.
Hal ini kerana aset
paling bernilai mereka ada adalah sebuah laman web atau blog. Dengan blog itu
terdapat berbagai cara untuk mereka mengaut pendapatan yang sangat-sangat
menguntungkan. Antara medium utama pendapatan blogger diperoleh adalah dengan
pengiklanan. Namun, pekerjaan sebagai blogger bukanlah semudah yang disangka.
Blogger perlu rajin setiap hari, berilmu pengetahuan, berfikiran kreatif dan
yang paling pentingnya adalah bersabar. Setiap hasil kejayaan seorang blogger
itu, memakan masa yang agak lama.
18. Peniaga
Online (Dropship)
Ramai orang
sangka bahawa untuk memulakan sesuatu perniagaan online memerlukan modal besar,
namun anda silap kerana anda mampu berjaya dalam bidang ini tanpa menggunakan
modal yang besar. Anda boleh bermula dengan konsep dropship, di mana anda tidak
perlu mengeluarkan modal untuk stok barang. Cukup dengan mengeluarkan kos iklan
dan pemasaran. Anda hanya perlu mengambil order sahaja. Pos barang dan produk
semua diurus pemilik produk. Mudah bukan? Ramai yang sudah berjaya menambahkan
pendapatan mereka dengan hanya berusaha keras sebagai ejen dropship.
19. Pemandu Teksi UBER
Pemandu Teksi UBER |
Anda mempunyai
kereta sendiri dan mempunyai masa lapang? Apa kata anda gunakan kereta anda
untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan hanya memandu. Tahukah anda,
syarikat teksi terbesar di dunia, iaitu UBER membayar gaji kepada pemandu
mereka pada setiap minggu. UBER hanya mengenakan caj sebanyak 20% daripada
bayaran penumpang sebagai caj mereka. Contohnya, dalam seminggu, pendapatan
adalah sebanyak RM100, UBER akan mengenakan caj sebanyak RM20. Jadi, pemandu
UBER akan menerima bayaran sebanyak RM80 terus ke akaun mereka. Details di
https://www.uber.com/cities/kuala-lumpur/
20. Multi Level
Marketing (MLM )
Multi Level Marketing |
Network
marketing juga satu pekerjaan legal yang telah melahirkan ratusan jutawan.
Kelayakan hanya lah rajin promote, rajin datang function, training, coaching.
Untuk menyertai MLM, anda hendaklah melihat produk yang berkualiti dan
berpotensi serta status nama dan kewangan syarikat di peringkat global.
Selalunya, jika syarikat tersebut mengeluarkan produk terbaru, dalam jangka
masa 8 bulan -1.5 tahun sahaja produk itu meletup di pasaran. Dalam tempoh 1-2
bulan pengenalan produk terbaru, jika anda buat kerja ini betul-betul, anda
bakal bergelar jutawan. Bukan sahaja menjadi jutawan, tetapi bagus personaliti
dan bijak berkata-kata
21. Pemain Bola
Sepak
Pemain Bola Sepak |
Siapa sangka,
pemain bolasepak tempatan yang beraksi dalam liga tempatan kini mampu bergelar
jutawan. Kalau sebelum ini, kerap juga kita dengar mengenai gaji pemain
bolasepak yang terlalu rendah. Namun kini rata-rata mendapat gaji yang lumayan.
Ada yang mendapat gaji melebihi RM100,000 sebulan.
22. Artis
Aaron Aziz |
Kini ramai yang
berlumba-lumba mahu menjadi artis. Pelbagai program realiti menjadi pentas dan
jalan pintas buat mereka mengecapi dunia glamour. Pelakon mendapat pendapatan yang lumayan berbekalkan
wajah yang cantik / hensem dan bakat yang dipunyai mereka.
0 comments:
Catat Ulasan