Our social:

9 Makanan Tempatan Yang Rasakan Tidak Perlu Letakkan ‘Cheese’ Langsung

  • Mungkin ada yang tak tahu, makanan-makanan seperti ini juga dijual dan diletakkan cheese, seriously? :

    • 1. Lemang cheese

      • Kami sendiri tak boleh bayangkan macam manalah sesetengah orang boleh makan lemang cheese macam ni. Cuba anda bayangkan, lemang yang rasanya sudah berlemak itu dicampurkan pulak dengan bahan lain seperti cheese. Mood hari raya confirm berubah kalau makan lemang macam ni.

    • 2. Kuey teow cheese

      • Bayangkan kuey teow yang sepatutnya rasa pedas-pedas dan enak dimakan ketika panas diperbaharui dan dihidangkan bersama cheese. Memang tak boleh masuk langsung!

    • 3. Maggie goreng cheese

      • Saat pertama kali kami memandang gambar ini, kami terdiam. Puas kami fikirkan macam manalah maggie goreng boleh dihidangkan bersama mozarella cheese yang ditaburkan ke atas maggie tersebut. Kedai mamak mana lah jual maggie goreng macam ni? Tak rasa lain macam ke bila makan?

    • 4. Bihun cheese

      • Bukan kuey teow dan maggie saja, bihun pun diperbaharui dan dihidangkan bersama cheese. Yang membezakannya dengan hidangan yang tadi adalah, ia sedikit berkuah dan melekit. Err kembang tekak kami melihatnya.

    • 5. Nasi goreng cheese

      • Nasi goreng juga tak terlepas dihidangkan bersama cheese. Kalau pisang goreng tu bolehlah kami terima tapi kalau dah nasi pun makan dengan cheese, err apalah agaknya rasanya tu?

    • 6. Rojak cheese

      • Kalau pisang goreng pun dah letak cheese apatah lagi rojak. Tapi bagi kami, rojak tidak sepatutnya dihidangkan sebegini. Tidak kiralah rojak buah mahupun rojak mi. Rasa asli rojak itu sendiri sudah sedap. Tak perlu hancurkan originality makanan tersebut dengan cheese. Faham?

    • 7. Keropok lekor cheese

      • Sudah... cukup, cukup sudahlah dengan sosej cheese yang anda boleh beli sebanyak mungkin di pasar malam tu. Apa kata kita biarkan keropok lekor kekal dengan rasa dan dihidangkan dengan cara yang sama selamanya. Ini kerana bagi kami keropok lekor sudah cukup enak dicicah bersama kuahnya. Apatah lagi bila dimakan sewaku masih panas. Jadi jangan musnahkan rasa authentic ini please?

    • 8. Biskut bangkit cheese

      • Kuih bangkit adalah kuih tradisional yang terkenal sewaktu menjelangnya Aidilfitri. Rasanya yang berlemak itulah yang menyebabkan ia dipanggil kuih bangkit kerana ia membangkitkan selera sesiapa saja yang makan kuih ni. Tapi apabila sudah dicampurkan bersama cheese, maka hilanglah keaslian kuih tradisional ini. Tak bangkit selera abang nak makan. :(

    • 9. Nasi lemak cheesecake

      • Dalam banyak-banyak juadah, ini yang kami paling tak boleh terima. Bagaimana boleh nasi lemak dihidangkan bersama keju dan dijadikan cheesecake. Makan kek dengan topping sambal dan ikan bilis? Hilang terus rasa asli makanan kegemaran rakyat Malaysia kita ni. :(
      • sumber : says.com

    0 comments:

    Catat Ulasan