Our social:

SEJARAH FELDA LURAH BILUT


Pintu Gerbang Felda Lurah Bilut
   Assalamualaikum dan Salam Sejahtera bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNya dapat saya berkongsi sejarah dan kemudahan yang terdapat di Felda Lurah Bilut Bentong, Pahang. 

Saya sebenarnya berasal dari daerah Kuantan, Pahang. Bagaimana saya boleh menetap di Felda Lurah Bilut ini? Hee :) semuanya bermula di sini tanggal 16 November 2016 saya telah ditakdirkan untuk bertukar tempat bertugas ke sebuah institusi di kawasan sekitar bandar Raub dan ditakdirkan juga saya bersama keluarga tercinta dapat menetap di Felda Lurah Bilut yang indah ini dan fasilitinya sangat baik, bak kata orang semuanya ada di sini.

Sejarah Bilut asalnya pula adalah sebuah lembah di Banjaran Titiwangsa bersempadankan Sungai Bilut dan Hutan Simpan Klau dan bilut adalah sejenis ikan darat dan nama saintifiknya Krytopterus Cryptopterus.

Lurah Bilut ini ialah sebuah kawasan penempatan FELDA yang terletak di Bentong, Pahang (merupakan kawasan bersempadan dengan daerah Raub). Ianya bermula bagi rancangan pembangunan tanah secara berkelompok untuk pertanian yang pertama ditubuhkan seumpamanya di Malaysia dan dunia pada tahun 1957.

Pada 1 april 1958 pula FELDA telah mengemukakan cadangan pembangunan di Lurah Bilut secara rasmi kepada Kerajaan Negeri Pahang dan telah meluluskan cadangan tersebut dan telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak (pada ketika itu).

Penempatan penduduk juga telah dibahagikan mengikut kawasan tertentu yang mana mengikut kawasan asal penduduk itu datang. Contohnya penduduk berasal dari Kelantan akan dikumpulkan penempatan mereka bersama-sama di Jalan Kelantan.

Selain itu juga, pelbagai kemudahan dan fasiliti yang terdapat di dalam kawasan Felda Lurah Bilut ini bagi memudahkan semua penduduk dapat menikmatinya tanpa perlu bersusah payah untuk pergi berurusan di Bandar Bentong, contohnya :

1.
Sekolah Rendah Felda Lurah Bilut
Di dalam kawasan Felda Lurah Bilut ini mempunyai banyak sekolah rendah dan menengah dari jenis kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan (C) China dan (T) Tamil.

2.
Stesen Minyak
Stesen minyak ini adalah satu kemudahan yang sangat bagus kerana paling dekat dan yang paling penting kedudukannya di dalam kawasan penempatan Lurah Bilut.

3.
Mini Market D'  Mart
Mini Market D' Mart ini adalah salah satu kedai menjual barangan runcit untuk anda gunakan secara harian mahupun mingguan.

4.
Pasar Pagi (Isnin) dan Pasar Petang (Jumaat)
Pasar ni merupakan kemudahan bagi penduduk untuk mencari barangan basah atau kering, pasar ini akan diadakan pada 2 kali seminggu iaitu hari Isnin (pagi) dan hari Jumaat (petang).

5.
Taman Permainan
Taman Permainan ini sangat sesuai bagi ibubapa yang berkelapangan untuk membawa anak-anak bermain di sini di waktu pagi atau waktu petang.

6.

Pejabat Pos Malaysia 
Kemudahan yang sangat bagus untuk penduduk berurusan bagi penghantaran surat, membayar bil elekterik atau bil air dan lain-lain.

7.
Muzium Felda Lurah Bilut
Muzium Felda Lurah Bilut ini berkonsepkan rumah melayu tradisional yang mempamerkan pelbagai koleksi sejarah peneroka dan pengurusan FELDA sejak penubuhannya pada tahun 1958.

8.
Pejabat Felda Lurah Bilut
 9.
Balai Polis Lurah Bilut
 10.
Perpustakaan Desa Siber Lurah Bilut
11.
Kuarters Guru (KIP) Lurah Bilut
 12..
Penempatan Orang Asli Sungai Bilut
13.
Klinik Kesihatan Lurah Bilut




credit note : Pengurusan Pejabat Felda Lurah Bilut

0 comments:

Catat Ulasan