Our social:

Lata Jarum | Pusat Rekreasi dan Air Terjun

Assalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh... Hari hujung minggu tidak seronok kalau kita tidak bawa keluarga pergi ke pusat rekreasi atau kawasan air terjun. Apatah lagi kalau air terjunnya cantiik dan airnya sangat sejuk pasti rasa segar selepas dapat mandi. 

Kali ini saya ingin berkongsi serba sedikitlah berkenaan Pusat Rekreasi Lata Jarum, Raub Pahang. Lata Jarum merupakan pusat rekreasi hutan hujan tropika yang sangat popular di kalangan pengunjung di sekitar raub malah dari pengunjung luar dari pahang. Lata Jarum terletak kira-kira 14 kilometer dari perkampungan daerah Dong dan 35 kilometer dari Bandar Raub.

Air Terjun Lata Jarum
Saya juga tidak mengetahui  bagaimana Lata Jarum ini mendapat namanya, tetapi ianya mungkin daripada kesejukan airnya sehingga mencucuk ke tulang. Jadi sesuailah dengan namanya sebagai Air Terjun Lata Jarum, kawasan sungai di sini berbatu-batan dan aliran airnya agak laju. Anda tidak perlu risau kerana terdapat juga kawasan yang sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda sambal anda boleh memerhatikan anak-anak anda sedang bermain air.


Malah terdapat juga kawasan yang airnya agak tenang dan mempunyai kawasan tepi sungai yang berpasir, sesuai untuk bersantai dan bermain air. Disediakan juga kepada para pengunjung iaitu kemudahan seperti tandas awam, bilik menyalin pakaian, surau, ruang untuk berkhemah, bangku-bangku yang di payungi rimbunan pokok hutan, dewan dan kafeteria. Selain itu juga, terdapat gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan yang boleh anda beli.



Kepada pengunjung-pengunjung  yang terasa inginkan untuk bermalam di Lata Jarum ini, terdapat 2 tempat tinggal yang anda boleh pilih, samaada bermalam di dalam khemah canvas atau bermalam di dalam chalet yang di perbuat daripada buluh. Apa yang menariknya bermalam di chalet buluh ini mampu memberikan satu pengalaman yang baru dan pengusaha chalet di Lata Jarum ini boleh menguruskan bagi pihak anda,sekiranya anda ingin mengadakan aktiviti 'jungle tracking'.

Jadi kepada anda yang mempunyai masa terluang bawalah keluarga anda datang ke Air Terjun Lata Jarum ini bagi menikmati keindahan alam semulajadi, air terjun yang cantik dan sejuk. Saya pasti anda sekeluarga seronok dan akan datang semula untuk kali seterusnya setelah kali pertama datang ke sini.

0 comments:

Catat Ulasan