Our social:

Budak 7 Tahun Basah Kuyup Kejar Kereta Ibu 2 KM

Kecuaian seorang ibu menyebabkan anak lelakinya berusia 7 tahun berlari dalam hujan sejauh 2 kilometer. Kejadian itu berlaku selepas wanita tersebut tak menyedari anaknya keluar kereta ketika dia menghantar bapa mertuanya ke stesen kereta api. 
Wanita yang dikenali sebagai Li terus memandu keretanya tanpa anaknya sempat masuk ke dalam kereta. Anaknya mengejar keretanya sejauh 2 kilometer dalam hujan. Walaupun orang ramai hon wanita ini, tapi dia seolah tidak mengendahkan hinggalah seorang pemandu teksi memberhentikannya. 
Pemandu teksi itu bertanya kenapa budak lelaki tersebut mengejarnya. Tapi ketika itu anaknya sudah tiada di belakang keretanya. Li terus ke balai dan menemui anaknya basah kuyup di tepi jalan raya. 
Oleh: Aimi Nordin  sumber : erafm 

0 comments:

Catat Ulasan