Our social:

Dipanggil ‘Sampah Gemuk’ Oleh Pasangan, Wanita Ini Nekad Kuruskan Badan

Satu ketika dahulu, berat badan Alvina Rayne normal sahaja. Sehinggalah dia bercinta dengan seorang lelaki yang mendera emosinya, dia mula makan makanan ringan dan mengalami kemurungan.


Ibu yang berasal dari Philadelphia itu mula makan makanan berlemak dan bergula sebagai ‘comfort food’ untuk bertahan dari cercaan pasangannya.

Seperti ramai orang yang terlibat dalam perhubungan seperti ini, Alvina masih belum cukup kuat untuk meninggalkan lelaki itu. Teman lelakinya terus memanipulasi Alvina, dan wanita itu tertekan teruk sehingga tidak mampu meninggalkan lelaki itu.



Apabila Alvina berura-ura mahu meninggalkan lelaki tersebut, lelaki itu akan mengatakan yang tiada siapa yang mahukan Alvina dan dia ‘tiada nilai dan takkan berjaya turunkan berat’.

Alvina berada dalam keadaan badan paling berat pernah dicapainya iaitu 124 kg, dan teman lelakinya menggelarnya ‘sampah gemuk’ yang takkan dapat turunkan berat badan mahupun mencari cinta baru.




Alvina mula menukar corak pemakanan dan bersenam dengan gigih. Dia mengamalkan corak pemakanan rendah karbohidrat dan tinggi lemak (LCHF). Hasilnya Alvina berjaya menghilangkan berat sebanyak 59 kilogram.

Namun sesuatu yang tidak disangka telah berlaku. Alvina secara tidak sengaja telah terserempak dengan ibu kepada bekas teman lelakinya itu, yang seterusnya memberitahu anaknya itu tentang perubahan fizikal Alvina.



0 comments:

Catat Ulasan