Soalan:

Anak lelaki saya berusia empat tahun. Anak saya kerap mendapat sakit mulut (blister). Apabila kena penyakit ini, permukaan lidahnya akan naik benda putih-putih yang menyebabkan dia tidak mahu makan dan minum susu. Mengapa dia kerap mendapat sakit ini?
Adakah kerana kurang pengambilan air kosong atau sebab-sebab lain. Doktor yang merawat anak saya ada bertanya adakah anak saya sudah lengkap mengambil imunisasi atau tidak. Adakah ini bersangkut paut kerana anak saya hanya mengambil suntikan sehingga umurnya satu tahun?

Jawapan:

Bintik-bintik putih pada lidah boleh disebabkan oleh jangkitan kuman virus ataupun kulat. Ini mudah berlaku pada kanak-kanak yang menyusu botol. Kekerapan ia berlaku bergantung kepada anti bodi atau daya ketahanan dalam badan. Ia selalunya tiada kaitan dengan kekerapan minum air kosong.

Ia juga tiada kaitan dengan immunisasi kanak- kanak. Walaubagaimanapun dinasihatkan agar membawa anak berjumpa doktor untuk memastikan jadual immunisasinya lengkap.

Kebersihan mulut dan gigi penting untuk memastikan mulut berada di dalam keadaan yang bersih dan untuk mengelakkan selalu diserang keputihan pada lidah. Jangan berkongsi makanan kerana ini boleh menyebabkan penyakit ini berjangkit kepada anak.
Petua merawat ulser di mulut
1. Gunakan pencuci antiseptik mulut.
2. Sapu ubat ulser mulut seperti gel atau krim penahan sakit.
3. Makan makanan lembut.
4. Elakkan makan makanan panas dan pedas.
5. Banyakkan minum air.
Selain daripada itu anda juga perlu memastikan anak tidak memasukkan jarinya yang terdedah kepada kekotoran dan bakteria ke dalam mulut. Ajar dia untuk kerap mencuci tangan dengan bersih sebelum makan atau setiap kali selepas pergi ke tanda.

credit : http://www.majalahpama.my/