Our social:

KELAB CHINA TAWAR REAL MADRID RM1.4 BILION UNTUK UMPAN RONALDO


Ejen Cristiano Ronaldo, Jorge Mendes, mendakwa sebuah kelab di China telah membuat bidaan sebanyak €300 juta (RM1.4 bilion) bagi memancing pemain itu.
Ronaldo turut ditawarkan gaji €100 juta (RM473 juta) semusim, namun Mendes menjelaskan bahawa bintang Real Madrid itu menolak tawaran tersebut.

"Real Madrid telah menerima tawaran mencecah €300 juta (RM1.4bilion) dengan Ronaldo ditawarkan gaji €100 juta (RM473juta) semusim," Mendes memberitahu Sky Italia.

"Bagaimanapun, duit bukan segalanya -- Real Madrid adalah satu-satunya pasukan buat dirinya."

Ronaldo -- yang menerima anugerah Ballon d'Or keempat dalam kariernya -- telah pun menandatangani kontrak baru bulan lalu dan akan kekal sehingga tahun 2021.

Pemain berusia 31 tahun itu muncul juara Liga Juara-Juara Eropah sebanyak dua kali bersama Real di samping 10 kejuaraan lain sejak berhijrah dari Manchester United pada tahun 2009.

Pasukan dalam Liga Super China terus membuat perbelanjaan besar dalam pembelian pemain, dengan yang terbaru Shanghai Shenhua membawa masuk Carlos Tevez dengan laporan mengatakan pemain itu kini menerima bayaran paling tinggi di dunia.


sumber : http://www.stadiumastro.com/

0 comments:

Catat Ulasan