Kenapa Bila Parking Sisi Lagi Senang Masuk Secara Reverse Berbanding Depan?
Masa mula-mula ambil lesen kenderaan suatu masa dahulu, kita semua di ajar untuk parking sisi dengan cara mengundur.
Dan ramai jugak yang failed ujian parking sisi selepas ujian bukit yang menyeramkan ini.
Tahukah anda, parking secara reverse adalah lebih senang daripada masuk terus kedepan apabila parking sisi kerana tayar hadapan dikawal sepenuhnya oleh steering, berbanding tayar belakang yang hanya bergerak satu arah sahaja.
Dalam erti kata lain, tayar hadapan mampu mengawal arah dan pergerakkan kereta walaupun secara mengundur, atau kehadapan. Disebabkan itu, parking secara mengundur adalah lebih senang bagi jenis parking sisi berbanding dengan parking kehadapan.
Rujukan:
- Parallel Parking – Wikipedia
- Turning Radius – Wikipedia
- CiteSeerX
- Step by Step Guide to Reverse Parking – Roads and Maritime Services
- An Approach to Parallel Parking and Zero Turning Radius in Automobiles – Academia
- sajakongsi.com
Oleh Syazwan Aizad. Sumber ScienceABC
0 comments:
Catat Ulasan