Our social:

Kepentingan Insurans Hayat | INFORMASI

Ramai dikalangan masyarakat di negara kita Malaysia yang tercinta ini tahu kepentingan insurans bagi menjamin masa depan dan untuk melindungi diri sendiri dan keluarga jadi kali ini saya telah senaraikan:

10 sebab utama mengapa orang membeli insurans hayat





1. Untuk melindungi pendapatan keluarga

Bagi kebanyakan keluarga, kesinambungan pendapatan adalah bergantung kepada kehidupan dan kesihatan pencari nafkah. Insurans hayat yang secukupnya menjamin pendapatan keluarga dalam apa jua keadaan.

2. Perlindungan kewangan ketika hilang upaya
Sekiranya pencari nafkah hilang upaya, insurans hayat memastikan keperluan keluarga tidak terjejas.

3. Suatu pelan untuk pendidikan anak - anak

Semua ibubapa mempunyai impian yang tinggi terhadap masa depan anak - anak mereka. Insurans hayat menjadikan impian itu suatu kenyataan.

4. Suatu tabung persaraan

Semua orang yang bekerja mengharapkan suatu persaraan yang membahagiakan. Insurans hayat adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut.

5. Suatu pelan perubatan/kesihatan

Kebanyakan orang merungut mengenai peningkatan kos bagi penjanaan kesihatan. Orang yang bijak mengunakan insurans hayat untuk meringankan beban perbelanjaan perubatan/kesihatan yang tinggi.

6. Suatu ukuran nilai diri

Ramai yang tidak pasti akan nilai diri mereka. Insurans hayat membolehkan anda menghebahkan pada dunia akan nilai sebenar diri anda.

7. Sebagai pemberian untuk yang tersayang

Tidak seperti pemberian yang lain, insurans hayat adalah pemberian yang berharga dan kekal sepanjang hayat.

8. Perlindungan perniagaan keluarga

Sesetengah perniagaan keluarga adalah untuk diwarisi dari generasi ke generasi. Insurans hayat membantu memastikan pengekalan pusaka keluarga.



9. Sebahagian daripada pelan kewangan menyeluruh

Suatu pelan kewangan itu mungkin ringkas atau kompleks. Namun, tiada pelan kewangan yang sempurna tanpa insurans hayat.

10. Sebagai sokongan kepada rakan

Orang membeli insurans hayat kerana seribu satu sebab. Tidak dinafikan, ada yang membeli insurans hayat untuk menyokong seorang rakan ejen.


credit : http://raja016a.blogspot.my/

0 comments:

Catat Ulasan