Our social:

Korang Perasan Tak Kenapa Penutup Loji Kumbahan Mesti Berbentuk Bulat, Bukan Segi Empat?


Oleh Syazwan Aizad. Sumber OSU.edu
Sama ada korang perasan atau tidak, penutup loji kumbahan atau kemudahan bawah tanah seperti elektik, air dan lain-lain, mesti berbentuk bulat, dan bukannya bersegi empat. Kenapa eh?

Ruang saluran bawah tanah yang menjadi pengantaraan antara bahagian bawah tanah dan bahagian atas adalah satu ruang terhad yang hanya boleh dilalui oleh seorang dalam satu masa. Dan biasanya, bahagian atas saluran ini akan ditutup oleh penutup yang dibuat daripada cast iron, konkrit atau campuran pelbagai bahan lain dan mesti berbentuk bulat.


Persoalannya, kenapa ia mesti berbentuk bulat, dan bukannya bersegi empat?

Jika penutup ini berbentuk segi empat, kebarangkalian penutup ini untuk jatuh kebawah adalah lebih tinggi dan ini amat merbahayakan pengguna di atas mahupun sesiapa sahaja yang berada di dalam lubang berkenaan.
Disebabkan itu, penutup ini dicipta dengan bentuk bulat kerana bentuk ini tidak akan menyebabkan penutup berkenaan jatuh ke bawah.
Rujukan:
  1. Manhole – Wikipedia
  2. Manhole Cover Circular – Wikipedia
  3. Why are Manhole Covers Round? – The Ohio State University
  4. www.sajakongsi.com

0 comments:

Catat Ulasan