Our social:

Restoran Ni Dah Kaya Sangat Ke Sampai Guna iPad Sebagai Pinggan?


ipad

Zaman moden ni, tak pelik kalau kita dengar restoran yang ada apps sendiri dimana kita boleh ambil pesanan makanan hanya di hujung jari, seperti menggunakan telefon pintar atau iPad.
bl14_p1_food_order_1329806f
Sebuah restoran di San Francisco yang menghidangkan makanan berkonsepkan Perancis membuat kelainan apabila mereka menggunakan iPad sebagai pinggan di restoran mereka.
88677dcbf641f1c5ac3e6a6849d2026a
Jika korang ke restoran Quince yang terletak di San Francisco ini, jangan lupa untuk memesan menu ‘A Dog In Search of Gold’, iaitu cendawan jenis croquette yang dihidangkan atas sebuah iPad, yang memainkan sebuah video seekor anjing yang sedang mencari cendawan.
Video Player
00:00
00:06
Selain itu, terdapat juga hidangan lain seperti kaki katak yang dihidangkan juga atas sebuah iPad, yang memainkan video seekor katak sedang melompat di tepi kolam.
Video Player
00:00
00:09
Pendek kata, video yang dimainkan atas iPad itu adalah berkaitan dengan makanan yang di hidangkan bersama-sama dengannya.
Oleh Syazwan Aizad. Sumber Quince / Foodbeast, sajakongsi.com

0 comments:

Catat Ulasan