Our social:

Ronaldo tolak RM1.4 bilion tawaran kelab China


Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dilaporkan pernah menolak tawaran dari sebuah kelab bola sepak China yang sanggup membayar yuran pemindahan bernilai 300 juta euro (RM1.4 bilion).
Perkara itu didedahkan ejen Ronaldo, Jorge Mendes bahawa penyerang Portugal itu ditawar dengan nilai kira-kira 100 juta euro (RM471 juta) setahun.
"Ada tawaran dari China bernilai 300 juta euro kepada Real Madrid dan lebih daripada 100 juta euro setahun buat pemain ini (Ronaldo)," kata seperti dilaporkan Sky Italia.
"Tapi wang bukan segala-galanya. Real Madrid adalah kehidupannya. Cristiano gembira berada di Real Madrid dan tidak mungkin ke China.
"Pasaran China adalah pasaran baharu. Mereka boleh membeli ramai pemain tetapi sekali lagi adalah sukar untuk mereka mendapatkan Ronaldo," jelasnya.
Tambahnya, Ronaldo adalah pemain terbaik di dunia dan pemain terbaik yang pernah ada.
"Memang wajar jia dia mendapat banyak tawaran," katanya.
Laporan mengenai tawaran yang dibuat terhadap juara Eropah itu hadir pada hari sama di mana penyerang Argentina, Carlos Tevez menyertai kelab Liga Super China, Shanghai Shenhua.
Terdahulu, pemain tengah Brazil, Oscar menyertai seteru tempatan Shanghai SIPG dari Chelsea dengan yuran pemindahan yang dilaporkan media bernilai 60 juta euro (RM283 juta).  

sumber : http://www.malaysiakini.com/

0 comments:

Catat Ulasan