Our social:

Tak Mahu Minum Guna Cawan Yang Lain. Syarikat Ini Keluarkan 500 Jenis Cawan Yang Sama Khas Untuk Kanak-Kanak Autistik Ini


Bapa kepada seorang budak lelaki Autistik, Marc Carter tekad untuk mencari design yang sama dengan cawan kegemaran anaknya yang kini tidak lagi dijual. Memandangkan syarikat yang mengeluarkan cawan tersebut tidak lagi mengeluarkan design yang sama, Marc terpaksa mencari di merata-rata tempat dengan harapan akan menemui cawan yang sama atau seakan-akan sama dengan cawan kegemaran anaknya itu.

Ben Carter, 14, telah menggunakan cawan minuman yang sama sejak berusia 2 tahun. Selepas 12 tahun, kondisi cawan tersebut pastinya semakin teruk. Masalahnya, Ben tak mahu menggunakan cawan lain selain dari cawan jenis yang sama.
Dek kerana gagal menemui cawan yang dicari, Marc telah melancarkan #CupForBen di media sosial bagi membantunya untuk mencari cawan tersebut. Atas bantuan orang ramai, syarikat tersebut bersetuju untuk mengeluarkan 500 cawan baru khas untuk Ben.



Sumber: Next Shark, http://www.sajakongsi.com/

0 comments:

Catat Ulasan