Our social:

Tinggalkan JDT, Safee ke PKNS FC

Perjalanan karier pemain JDT, Safee Sali kini kembali ke Lembah Klang selepas meninggalkan skuad Harimau Selatan.
Perkara itu disahkan Pengurus JDT, Mario Gomez yang mengiringi langkah Safee ke kelab PKNS FC dengan ucapan 'selamat maju jaya'.
"Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Safee atas apa yang telah beliau lakukan selama ini untuk JDT hingga kelab berjaya menjuarai tujuh piala setakat ini.
"Beliau masih sebahagian daripada keluarga JDT walaupun sudah tidak bersama lagi dan kami ucapkan selamat maju jaya bersama pasukan PKNS pada musim hadapan," katanya dalam satu tulisan di Facebook JDT, hari ini.
Safee yang memulakan kariernya sebagai pemain bola sepak bersama pasukan Kuala Lumpur pada 2003 memilih PKNS sebagai pasukan kelapan diwakilinya.
Perpindahan penyerang berusia 32 tahun itu sekali gus mengikuti jejak langkah beberapa rakan sepasukan seperti Amri Yahyah, Nazrin Nawi dan Jasazrin Jamaluddin.
Amri sebelum ini menandatangani kontrak bersama Melaka United, manakala Nazrin dan Jasarin dilaporkan akan memperkuatkan jentera Perak pada musim depan.
sumber : malaysiakini

0 comments:

Catat Ulasan