Our social:

Kang Gary Follow IG Siti Nordiana!

KALAU kami berada di tempat penyanyi Siti Nordiana, alamak boleh histeria jadinya gara-gara terlalu teruja.

Mana tidaknya, bintang terkenal Running Man, Kang Gary baru-baru ini telah mengikutinya (following) di laman Instagram.
Terkejut bercampur teruja dengan hal itu, Siti Nordiana atau Nana telah memuat naik satu posting di mana memaparkan bintang terkenal adalah salah seorang follower-nya di IG beserta hashtag #sundaycouple.
“Ni kekdahnya @kang_gary8888 tertekan ke ape n. Ke iols bakal #sundaycouple dia? Eh!!! Hahaha, adoii, tolong ahli Running Man yang lain tertekan jugakfollow I,” tulisnya.

Dek kerana itu, ramai peminat khususnya para gadis menzahirkan rasa cemburu selain menyifatkan nana cukup bertuah kerana mendapat perhatian Kang Gary.



Tambahan pula, Kang Gary hanya mengikuti 120 akaun IG termasuk Nana yang rata-rata merupakan kenalan dan bintang terkenal antarabangsa.


Kang Gary juga merupakan seorang rapper.
KANG GARY JUGA MERUPAKAN SEORANG RAPPER.

Sementara itu, Nana berpendapat Kang Gary mungkin telah tertekan butang ‘follow’ Instagramnya (IG) secara tidak sengaja.
“Bila kita lihat ‘timeline’ IG tiba-tiba kita lihat ada gambar orang yang kita tidak kenali ada dalam senarai kawan kita.
“Dari situ saya dapat tahu yang saya pernah tertekan butang IG orang lain tanpa saya sedari.
“Begitu juga dengan Kang Gary, mungkin dia tertekan IG saya,” katanya kepada Astro Gempak.
Siti Nordiana
Pada masa yang sama, penyanyi ini akui dia amat meminati bintang Korea Selatan itu yang disifatkan sebagai individu yang sempoi. 
credit : MYNEWSHUB.CC, nanaig

0 comments:

Catat Ulasan