Our social:

Wang Simpanan Bernilai RM17,400 Hancur Digigit Tikus


image-1
Malang sungguh nasib wanita ini. Wang simpanan berjumlah 27,000 Yuan (RM17,400) hancur digigit tikus.
Wanita malang yang berasal di perkampungan utara China telah menyimpan kesemua wang tersebut di dalam balang besar dan diletakkan di dalam gua. 
Memandangkan dia perlu membayar kos perubatan untuk anak lelakinya yang sakit, jadi dia terpaksa pergi ke gua itu untuk mengambil wang berkenaan namun dia terkejut kerana mendapati wang tersebut telah hancur dimakan tikus.
Menurut wanita tersebut, memadangkan dia buta huruf, dia tak mungkin dapat ke bank untuk menyimpan kesemua wangnya itu.
Difahamkan, undang-undang di China akan memungkinkan pemilik wang yang musnah dalam kebakaran mahupun dirosakkan haiwan boleh digantikan jika berjaya membuktikan sumber wang berkenaan dan dalam masa yang sama mereka juga perlu mengumpul serpihan wang itu dan dibawa kepada pihak bank.
screen-shot-2016-12-29-at-11-56-56-am
Sumber: Harian Metro, sajakongsi.com

0 comments:

Catat Ulasan