Our social:

2 penerjun melakukan terjunan dari ketinggian 828 meter. Aksi yang mereka lakukan di udara sangat menakjubkan

2 penerjun melakukan terjunan dari ketinggian 828 meter. Aksi yang mereka lakukan di udara sangat menakjubkan

Vince Reffet dan Fred Fugen telah mencipta rekod dunia Guiness yang baru apabila mereka berjaya melakukan terjunan BASE dari puncak bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, di Dubai.
Pembinaan platform berukuran 3 x 1 meter pada puncak bangunan tersebut telah membolehkan kedua-dua penerjun itu melakukan terjunan luar biasa tersebut. Mereka membuat terjunan itu dari ketinggian 828 meter.
base-jump-2-1024x574
Antara langkah persediaan yang diambil Vince dan Fret sebelum membuat terjunan dari puncak Menara Burj Khalifa, mereka telah membuat terjunan pada puncak gunung Lauterbeunnen di Switzerland beberapa kali.
Gunung tersebut dikatakan memiliki ketinggian yang sama dengan bangunan tertinggi dunia itu.

Kemudian Vince dan Fret juga telah membuat terjunan dari helikopter untuk memastikan mereka benar-benar bersedia untuk melakukannya dari Menara Burj Khalifa.
base-jump-1-1024x580
“Terjunan ini hanya dilakukan sekali dalam seumur hidup. Dan ianya juga hasil latihan keras yang dilalui selama 3 tahun. Saya sangat gembira kami berjaya melakukan pendaratan. Kami berjaya mencapai impian kami,” jelas Fret.
“Terjunan ini adalah terjunan saya yang terbaik setakat ini. Impian saya menjadi kenyataan,” tambah Vince pula.

sumber : http://www.erabaru.com.my/

0 comments:

Catat Ulasan