8 Seni Bela Diri Dunia Terbaik Di Dunia
Seni mempertahankan diri adalah sistem amalan dan latihan tradisi bagi pertempuran. Mereka yang melatih diri untuk menguasai kemahiran ini mempunyai pelbagai sebab dan alasan, termasuk untuk pertempuran, kecergasan diri, sukan, meditasi atau batin, mendisiplinkan mental, membina keyakinan diri, atau apa sahaja selain dari di atas. Ini adalah senarai 8 Seni Mempertahankan Diri, tanpa mengikut kepada susunan kehebatan atau pencapaian.
1. Karate
Karate, yang bermaksud “tangan kosong” dalam bahasa Jepun, adalah salah satu seni mempertahankan diri yang popular. Berasal dari abad lalu dari pulau Okinawa, ia tidak pernah sampai hingga ke tanah besar Jepun sehingga awal 1900, apabila Master Gichin Funakoshi mempermudahkan teknik mempertahankan diri dan menambah aspek falsafah diri di dalam Karate. Terdapat banyak gaya yang berbeza di dalam Karate, semuanya dengan tumbukan dan tendangan keras kepada blok kayu. Hari ini, ia diamalkan dan dikaji di negara-negara di seluruh dunia.
2. Tae Kwon Do
Walaupun di dalam bahasa Korea ia diterjemahkan sebagai “dengan cara tangan dan kaki”, Tae Kwon Do sebenarnya lebih banyak menggunakan kaki daripada tangan. Mereka percaya bahawa kaki yang lebih panjang dan secara umumnya adalah lebih kuat digunakan sebagai senjata bagi mempertahankan diri. Antara yang popular di dunia sehinggakan dipertandingkan sebagai salah satu acara di dalam sukan Olimpik.
3. Judo
Judo, adalah seni bela diri moden yang berasal dari Jepun, pada lewat abad kesembilan belas, yang bermaksud “cara lembut”. Seni ini telah diasaskan oleh Jigoro Kano, di mana beliau sering dibuli ketika zaman remajanya. Pada asalnya beliau yang mempelajari Jujitsu, tidak begitu berpuas hati, dan telah membangunkan sistemnya sendiri dengan mengubah suai dan membuang jurus-jurus yang tidak releven. Sama seperti Tae Kwon Do, Judo juga dijadikan acara di sukan Olimpik. pengimbangan di antara bertahan dan menyerang, telah menjadikan Judo pilihan utama bagi penggemar ahli seni pertahankan diri mempelajarinya.
4. Kung Fu / Wushu
Secara teknikal, istilah Kug Fu tidak bermaksud seni bela diri China, tetapi lebih kepada “kemahiran atau keupayaan untuk melakukan sesuatu”, manakala nama moden pula lebih tepat dipanggil “Wushu”. Dipercayai bahawa beribu-ribu tahun dahulu, sami Budha Bodhidharma telah mencipta seni ini untuk membantu pelajar menumpukan perhatian mereka semasa bermeditasi. Kini, terdapat beratus gaya Kung Fu / Wushu yang masih wujud, sebahagian daripadanya yang terkenal adalah Shaolin, Wing Chun, dan Tai Chi.
5. Capoeira
Kebanyakan seni pertahankan diri yang popular adalah berasal dari Asia, tetapi seni yang dipanggil sebagai Capoeira ini pula berasal dari negara Brazil. Seorang hamba Afrika telah mencipta Capoeira ini pada abad ke-19, dengan memanipulasi tarian sebagai asas bagi tujuan menyembunyikannya daripada pengetahuan orang ramai. Maka tidak hairan, muzik seperti drum dan peralatan lain akan dimainkan apabila mereka berlatih seni pertahankan diri ini, di mana dua peserta akan berada di gelanggang menggunakan akrobatik, tendangan, dan juga mensasarkan kepala musuh. Teknik dan strategi adalah elemen utama untuk Capoeira.
6. Kali
Seni mempertahankan diri yang dipanggil Kali adalah berasal daripada Filipina, dan lebih mengutamakan penggunaan senjata seperti rotan, kayu, pisau dan pedang. Gaya seni pertempurannya amat berkesan dengan banyak menggunakan gerak kaki yang rumit, kedudukan, pertahanan, dan merampas senjata musuh bagi melumpuhkan lawan. Kali juga dikenali sebagai Arnis dan Escrima.
7. Muay Thai
Muay Thai adalah sukan seni pertahankan diri kebangsaan negara Thailand, seperti Silat Olahraga untuk Malaysia. Ianya adalah berbeza dengan sukan “Kickboxing” dari Amerika, kerana Muay Thai adalah lebih ganas dan kejam kerana peserta dibenarkan untuk menggunakan tangan, kaki, tulang kering, lutut, dan siku untuk menyerang. Sukan ini telah menjadi popular hari ini, dengan terdapat banyak pusat-pusat latihan di seluruh dunia.
8. Silat / Pencak Silat
Sepertimana misteri asal-usul bangsa Melayu di seluruh nusantara, begitu juga dengan seni bela diri ini yang dipanggil Silat / Pencak Silat. Sehingga kini tiada catitan atau bukti fizikal dapat menunjukkan siapa yang mencipta dan bilakah seni Silat ini dicipta, selain ianya diamalkan oleh seluruh bangsa Melayu di Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Selatan Thailand, dan Filipina.
Dipercayai seni Silat yang berasal dari Indonesia ini mempunyai tiga pendekatan yang tiada di dalam mana-mana seni pertempuran yang lain, di mana pelatih atau dipanggil sebagai pesilat mempunyai seni “buah”, pukulan, dan batin. “Buah” Seni Silat yang mempunyai seribu satu muslihat “dipersembahkan” sebelum menyerang pihak lawan. Senjata yang sering digunakan adalah seperti keris, badik, kerambit, parang, pedang, lading, tumbuk lada, tekpi, tongkat dan sundang, bergantung kepada adat dan budaya sesetengah kawasan dan negara. Hari ini, seni Silat telah mendapat perhatian dunia, merangkumi negara seperti Australia, Belanda, Jerman, dan Amerika.
sumber : http://rotikaaya.blogspot.com/
0 comments:
Catat Ulasan