Duit Punya Pasal, Nak Pam Tandas Pun Kena Bayar
Duit punya pasal, sampai sanggup pasang tandas yang memerlukan wang syiling untuk mengepam selepas ia digunakan.
Seorang penyewa dikatakan bengang dengan tindakan tuan rumahnya itu. Tak pasti sama ada tindakan tuan rumahnya itu melanggar undang-undang atau tidak, penyewa tersebut bertindak memuat naik aduannya di laman forum Reddit untuk mendapatkan kepastian daripada orang ramai.
“Saya faham jika kita kena bayar untuk basuh baju atau kain. Saya bayar bil yang menyambung air ke rumah sewa kami. Kenapa dia buat begini?
Rata-rata komen yang ditinggalkan oleh pelayar laman forum berkenaan menasihatinya supaya penyewa itu mendedahkan perkara itu kepada kepada pihak media dan kerajaan tempatan.
sumber : www.sajakongsi.com
0 comments:
Catat Ulasan