Guru Ini Hairan Anak Muridnya Tidak Masuk Kelas & Menangis Di Masjid, Rupanya-Rupanya… Sebak!
Tugas guru tidak terhad kepada mengajar di dalam kelas sahaja, tetapi juga sebagai pengganti ibu bapa di sekolah. Guru yang baik akan mengambil berat perihal diri anak muridnya dan memastikan emosi pelajar tersebut tenang supaya mudah menerima pelajaran.
Kisah sedih ini dikongsikan oleh seorang guru/ustaz sekolah tahfiz mengenai seorang anak muridnya yang ceria tapi tiba-tiba tidak menghadirkan diri dalam kelas pada suatu hari. Ketika ditemui rupa-rupanya murid itu sedang menangis di masjid! Apa sebenarnya yang ditanggung oleh anak muda itu?
Agak berat jari ini menaip untuk berkongsi kisah ini.Dalam kelas saya ada seorang anak yatim, namanya Ikmal yang kematian ibunya Feb 2016 lalu.. seorang yang murah senyuman. Semalam saya cari dia sebab tak masuk kelas, rupanya dia sedang menangis di Masjid.
Katanya semalam dia mimpi maknya datang dan usap kepalanya 3 kali, Dan berkata dah lama tak jenguk mak.. dia nak ziarah kubur maknya.Saya dapat keizinan mudir (maahad Tahfiz Al-Quran Al-Imam An-Nawawi, MATIN Perlis) untuk bawa Ikmal ziarah kubur maknya di Kampung Tanjong.Tak dapat menahan kesedihan melihat Ikmal yang terlalu rindukan maknya. Saya cakap, mak Ikmal sedang bahagia di Syurga sekarang. Ikmal kena belajar rajin2 sampai khatam hafal Quran 30 juzuk, jadi anak soleh.Doakan Ikmal dapat hafal Al-Quran. Hadiahkan Al-Fatihah buat ibunya Rosni Binti Jusoh.
Kisah Ikmal Buat Ramai Menangis & Ikut Doakan!
Sumber: Khalil Khusairi Zainol, www.ohbulan.com
0 comments:
Catat Ulasan