Ibu Tunaikan Permintaan Pelik Anak Perempuannya Yang Baru Berusia 7 Tahun
Pelik tapi benar, kanak-kanak yang berusia 7 tahun menerima hadiah paling istimewa yang di impikannya sejak 2 tahun lepas daripada ibunya.
Hadiah tersebut merupakan tiket untuk ke China membuat implan payudara.
Juliet Manson dari Glendale California sering memujuk ibunya supaya membenarkan dia melakukan implan tersebut.
Bahkan, ibu Juliet, Dana Manson turut membawanya berjumpa dengan pakar psikologi bagi mendapatkan konsultasi untuk menyembuhkan keinginannya yang pelik itu. Namun, gagal.
Eduardo Ramirez, pakar psikologi yang bertanggungjawab merawat Juliet turut menyarankan agar Dana Manson menunaikan saja permintaan anaknya itu.
Dana telah menghubungi beberapa hospital di Amerika Syarikat dan juga Mexico namun tiada satu hospital pun yang sanggup untuk melakukan implan payudara terhadap seorang gadis kecil.
Hanya sebuah hospital yang terdapat di Hangzhou, China yang sanggup melakukan implan payudara terhadap anak perempuannya itu.
Mereka berangkat ke China pada 22 Disember yang lepas dan pembedahan tersebut dilakukan dua hari kemudian.
Kini Juliet memiliki payudara bersaiz 30C meskipun dia masih kecil. Biarpun dikritik namun Dara Manson tetap membiarkan anaknya melakukan pembedahan tersebut.
Sumber: worldnewsdailyreport.com, www.sajakongsi.com
0 comments:
Catat Ulasan