Kisah Silam Zul Ariffin Bersama Pelakon Indonesia Ini Buat Elaine Daly Kecewa?
Siapa je tak kenal dengan pelakon kacak yang mempunyai darah kacukan Melayu dan Belanda ini. Kisah percintaannya dengan beberapa selebriti tanah air pernah menjadi buah mulut orang ramai dan Zul Ariffin nyata bersikap professional akan hal ini.
Namun siapa sangka tirai 2017 dibuka dengan kisah apabila hubungan sulit yang terjalin antara pelakon lelaki ini dengan seorang pelakon dari seberang, Wulan Guritno beberapa tahun lalu, malah dikurniakan seorang anak lelaki! Lebih mengharukan keadaan apabila Elaine Daly dikatakan kecewa dengan khabar ini.
Jangan bimbang, ini hanyalah sedikit daripada sinopsis filem muzikal drama "Permata Hati" yang menampilkan gandingan sulung dua pelakon hebat ini menerusi saluran Astro First Ekslusif (saluran 480) bermula 26 Januari 2017.
‘Permata Hati’ mengupas konflik kekeluargaan yang berlaku dalam keluarga Aizuddin (Zul Ariffin) dan isterinya, Sofea (Elaine Daly) serta anak tunggal mereka, Liz (Elfira Loy). Kebahagiaan hidup mereka sekeluarga mula tergugat selepas Aizuddin menerima panggilan telefon daripada sahabat beliau, Herman (Teuku Zacky) yang membawa perkhabaran tidak diduga apabila dimaklumkan bahawa beliau mempunyai seorang anak lelaki bernama Alexander (Cahaya Rizky Saputra) hasil dari perhubungan sulit beliau yang terjalin singkat bersama Sandra (Wulan Guritno), seorang wanita Eropah beberapa tahun yang lalu.
Apa yang terjadi pada keluarga ini sama-sama lah kita saksikan di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 26 Januari 2017.
Kredit Foto: Galaksi Media Online
Sumber Astro First, erafm
0 comments:
Catat Ulasan