Macam Robot, Ultraman- Design Kostum Miss Malaysia 2016 Dari Rizman Ruzaini Jadi Ejeken Netizen. Apa Pendapat Anda?
Anda dah tengok kostum yang dipakai oleh Miss Universe Malaysia, Kiran Jassal? Cantik orangnya beb. Bagi anda yang belum tengok lagi, kostum yang dipakai oleh Kiran tu sangat unik dan kreatif. Kami pun tak tahu nak terangkan macam mana. Apa yang kami boleh cakap, ada penampakan KLCC di kostum tersebut.
Kostum tersebut telah direka oleh pereka terkenal Malaysia Rizman Ruzaini. Apa pendapat anda? Ada yang cakap lawa dan ada juga rasa pelik dengan design kostum tersebut. Majoriti cakap kostum tu macam robot. Korang rasa macam mana? Kami rasa cantik je.. Huhu
Macam suit robot, ultraman
Rata-rata orang ramai mengatakan bahawa design kostum tersebut lebih kepada robot dan macam-macam lagi. Berikut antara komen yang diterima;
Cantik, berani, lain dari yang lain
Walaubagaimana pun, design yang diilhamkan oleh Rizman Ruzaini juga dapat sokongan dan pujian. Lain orang, lain citarasa.. Kan?
Sumber: Twitter, ohbulan.com
0 comments:
Catat Ulasan