Our social:

Robot Ini Ditugaskan Untuk Menangkap Serta Memarahi Pengguna Jalan Raya Yang Degil



Di Beijing, pegawai trafik robot mula bertugas bagi menangkap pejalan kaki yang melanggar peraturan jalan raya.
Sikap tidak bertanggungjawab yang dipamerkan oleh pejalan kaki di China yang suka melintas sesuka hati tanpa mempedulikan lampu isyarat merupakan sebab utama pihak berkuasa tempatan mengambil polis trafik robot bertugas.
Robot tersebut diletakkan di persimpangan jalan kaki di bandar Xiangyang di wilayah Hubei, tengah China.
Robot tersebut akan memberi amaran lisan kepada pejalan kaki dan nyalaan lampu sebagai peringatan.
Kepala robot tersebut merupakan kamera yang merakamkan kesalahan pejalan kaki serta bukti sekiranya berlaku sebarang kemalangan.

0 comments:

Catat Ulasan