Our social:

[Video] Nak Tahu Kenapa Anda Tak Perlu Korek Telinga, Tengok Ini

1240151shutterstock-81323419780x390
Imej dari Kompas.
Betul ke telinga tak perlu dikorek?
Jawapannya YA, telinga memang tak perlu dikorek. Nak tahu apa sebabnya?
earwax
1. Telinga kita mengeluarkan cecair dan pepejal iaitu wax atau lebih dikenali sebagai tahi telinga.
2. Salur telinga mempunyai mekanisma mencuci bahagian telinga sendiri. Sebarang kekotoran akan keluar sendiri dari bahagian dalam salur telinga ke bahagian luar.
3. Wax ini dijumpai di bahagian 1/3 luar salur telinga. Ia membantu bahagian dalam salur telinga menjadi kalis air. Jika anda membuang segala wax yang ada, maka air dengan mudahnya akan mengalir ke bahagian dalam salur telinga dan akan menggalakkan kesakitan pada bahagian dalam telinga, seterusnya menyebabkan jangkitan kuman dan kulat.
4. Wax ini mempunyai fungsi antibakteria dan antifungal (basmi kulat).
5. Kulit di salur telinga lebih nipis dan sensitif terhadap geseran berbanding dengan kulit di bahagian badan yang lain. Semakin kerap putik kapas digunakan, semakin rosak kulit di bahagian salur telinga tersebut.
Sebenarnya tahi telinga perlu dikeluarkan sendiri oleh doktor menggunakan alat khas hanya jika kita mengalami masalah kesihatan. Lihat video dibawah kesan dari penggunaan cotton bud:
 
sumber : sajakongsi

0 comments:

Catat Ulasan