Our social:

5 Trik Kuruskan Badan Yang Tak Ada Orang Pernah Bagi Tahu

Macam-macam tips dan cara orang kongsi untuk kuruskan badan. Makan itu lah buat senaman ini lah. Tapi 5 trik ni tak pernah ada orang kongsi pun? Haaa, ni kami kongsi. 
1. Kalau lapar, hidu pisang
Bau pisang je boleh kurus? Ada satu kajian mendedahkan sekiranya korang tengah lapar, cuba hidu pisang, epal atau daun pudina. Dengan cara ni boleh memberitahu otak bahawa korang sedang makan walaupun tak. 
2. Bila makan luar, ambil portion yang kecil 
Nak kurus tapi nak makan banyak. Salah tu. Kalau makan kat luar, cuba tengok menu dan ambil portion yang sikit. 
3. Makan sorang lagi bagus daripada makan beramai-ramai
Percaya tak bila makan ramai-ramai lagi berselera? Lagi ramai, lagi lama kat meja, lagi banyak lah korang makan. 
4. Biru kurangkan selera makan
Tukar alas meja warna biru, atau letak beberapa warna biru di meja makan kerana warna biru boleh mengurangkan selera makan. Pelik? Tak kerana inilah yang dipanggil pyschology in colors. 
5. Makan depan cermin
Kalau tengok diri sendiri depan cermin mesti korang tak selera nak makan atau berhenti makan terus!
 Oleh: Aimi Nordin Sumber: Brightsideerafm

0 comments:

Catat Ulasan