Our social:

Ini Kebaikan Pada Tubuh Anda Jika Tidur Tanpa Menggunakan Bantal

Tidur dengan bantal sudah menjadi tabiat kita semua ketika tidur. Tapi ada segelintir yang berpendapat tidur dengan bantal sebenarnya adalah kurang sihat. Adakah ianya benar?
Para doktor pula berpendapat tidur tanpa menggunakan bantal sebenarnya menjadikan tubuh badan kita lebih sihat dan semestinya ada sesetengah pihak yang menafikan kenyataan ini kerana tidur dengan bantal boleh membuatkan kita tidur dengan lebih nyenyak dan menjadikan tidur kita lebih berkualiti. Sebenarnya ada beberapa manfaat jika kita tidur tanpa menggunakan bantal. Info ini kami ambil dari WittyFeed.
1.Baik Untuk Wajah
Tidur tanpa bantal dapat menjadikan kulit lebih cantik dan membantu mengurangkan kedutan pada wajah. Ini kerana kulit wajah tidak terkena geselan pada bantal.
2. Baik Untuk Tulang Belakang
Tidur tanpa bantal membolehkan tulang belakang anda berehat dalam posisi secara semulajadi dari tubuh anda. Ketika anda tidur menggunakan bantal, ianya akan dapat mengubah posisi tulang belakang anda.
3. Baik Untuk Leher
Tidur tanpa bantal adalah ubat terbaik untuk mengatasi dan mencegah masalah sakit pada bahagian bahu dan juga leher anda.
4. Memulihkan Struktur Tulang
Tidur tanpa bantal dipercayai boleh meluruskan dan memulihkan struktur tulang. Ianya juga dapat mengurangkan masalah bongkok pada tubuh badan.
Sumber dari Witty Feed, erafm

0 comments:

Catat Ulasan