Our social:

Jangka Hayat Wanita Korea Lebih Lama Berbanding Wanita Dari Negara Lain



Imej dari Getty Images.
Kajian mendapati jangka hayat wanita Korea Selatan lebih lama berbanding wanita yang berasal dari negara lain. 
Wanita Korea Selatan yang lahir pada tahun 2030 dijangka hidup lebih dari 90 tahun. Bagi lelaki Korea Selatan pula, mereka dijangka hidup lebih dari 84 tahun.
Kajian berkaitan jangka hayat ini telah dikaji oleh beberapa orang penyelidik, malah sebuah jurnal bertajuk Jurnal Medikal United Kingdom, The Lancet turut diterbitkan.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, wanita dari Austalia, Perancis, Jepun dan Sepanyol turut mempunyai jangka hayat yang panjang. 
Difahamkan, pada tahun 2030, negara-negara maju mempunyai jangka hayat yang lama kerana teknologi kesihatan mereka yang canggih dan disebabkan itu penyakit kronik semakin berkurangan.
Sumber: Hanasuva, sajakongsi

0 comments:

Catat Ulasan