Our social:

Kenapa Ada Tingkap Kapal Terbang Lebih Besar Daripada Kapal Terbang Lain?

Setiap ciptaan yang melibatkan proses kejuruteraan pasti ada maksud yang tersendiri. Contohnya kapal terbang.
Walaupun saiznya lebih kecil, Boeing 787 Dreamliner adalah sebuah kapal terbang canggih dimana kita boleh mengawal cahaya yang masuk menerusi kawalan khas pada tingkap kapal.
Apa yang menarik tentang kapal terbang ini ialah, tingkapnya juga jauh lebih besar daripada kapal terbang biasa.
Tingkap kapal terbang ini lebih besar daripada biasa adalah kerana bahan yang digunakan untuk membuat kapal terbang ini juga lebih ringan, iaitu bahan komposit, berbanding kapal terbang biasa yang menggunakan aluminium.


Selain itu, tingkap kapal terbang sengaja direka bentuk bujur kerana untuk mengurangkan tekanan pada badan kapal terbang. Jika ia berbentuk petak yang mempunyai buju tajam, ia akan meningkatkan tekanan seterusnya menggalakkan retak untuk berlaku.
Oleh Syazwan Aizad, Sumber Real Engineering, erafm

0 comments:

Catat Ulasan