Our social:

Kenapa Lubang Baju Kemeja Pada Butang Atas Mendatar Tapi Butang Bawah Menegak?


Banyak perkara dalam kehidupan seharian yang kita sendiri tak sedar akan sebab kenapa ia dicipta sedemikian. Contohnya, jahitan pada belakang baju, dan butang baju yang membezakan kemeja lelaki dan wanita.
Kalau perasan, lubang pada butang baju kemeja pada bahagian atas dibuat secara mendatar, berbanding lubang pada butang bahagian bawah.
Lubang butang dicipta sedemikian adalah untuk mengelakkan butang daripada tertanggal. Butang atas pada bahagian kolar menyokong daya tarikan secara sisi, manakala butang pada bahagian bawah (dikawasan dada dan kebawah) menyokong daya tarikan ke atas dan ke bawah.
Disebabkan itu, lubang butang pada kedua-dua kawasan ini dicipta bertentangan dengan daya yang dikenakan, untuk mengelakkan butang daripada tertanggal.
Oleh Syazwan Aizad. Sumber Complex, erafm

0 comments:

Catat Ulasan