Our social:

7 Jenis Makanan Walaupun dah Tamat Tempoh Tapi Masih Boleh Dimakan


Child reading ingredients
Bukan semua makanan yang dah expired tak boleh dimakan. Tapi kalau makanan tu dah bau masam, rupa pun dah lain macam je, baik lah jangan makan. Nanti anda keracunan makanan pula.
Berikut merupakan senarai makanan yang masih boleh dimakan walaupun dah expired.
1. Keju
Kalau ada kulat pada bahagian permukaan keju tu, buang je bahagian yang rosak tu dan selebihnya ia masih lagi boleh dimakan.
2. Pasta
Pasta boleh bertahan antara 1 hingga 2 tahun. Ianya boleh bertahan lebih lama sekiranya bahan tersebut tidak mengandungi air. Pasta yang sudah dimasak juga boleh bertahan sehingga tiga minggu asalkan ia kering (tidak mengandungi air).
3. Roti
Roti yang dah expired masih boleh dimakan walaupun terdapat kulat. Cumanya kalau roti tu dah berbau masam, baik jangan makan! 
4. Yogurt
Yogurt yang telah tamat tempoh yang masih lagi belum dibuka dan disimpan di dalam fridge boleh dimakan selepas satu hingga dua minggu dari tarikh luput yogurt tersebut.
5. Coklat
Lapisan putih yang terdapat pada coklat yang dah expied tu bukan kulat tau. Ia dipanggil chocolate bloom yang terhasil dari gula ataupun lemak. Ianya selamat untuk dimakan jika anda disimpan di dalam ruang sejuk beku.
6. Sayur-sayuran yang dibungkus
Jangan risau, lebam yang terdapat pada buah dan sayur, tak merbahayakan selagi ia tidak busuk.
7. Cereal atau bijirin sarapan pagi
Kalau anda simpan cereal di tempat yang kering dan tidak terdedah pada cahaya matahari, ia masih boleh dimakan dalam tempoh sebulan dari tarikh luput tersebut
Sumber: Hanasuva, sajakongsi

0 comments:

Catat Ulasan