Our social:

Latest Post

Petua Bagi Pokok Berbuah Lebat


Bahan-bahan:

2 kg          Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
2 kg          Gula Perang
1 biji         Ragi tapai
1 botol     Yakult
2 kotak    Susu segar
2 biji         Air kelapa muda

Cara-cara:
1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering
2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas
3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali
4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan
5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur
6. Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali

9 Pekerjaan Yang Paling Menggemukkan Badan

Satu kajian terbaru yang dikendalikan oleh Harris Interactive menemui bahawa pekerjaan yang melibatkan tahap tekanan yang tinggi dan pergerakan harian yang terhad mempunyai peratusan yang tinggi untuk menjadikan seseorang itu gemuk. Jika dikaji secara saintifik, dakwaan ini sememangnya berasas. Kerja yang melibatkan tahap tekanan yang tinggi memberikan tekanan luar biasa kepada badan, lalu menyebabkan badan anda merembeskan hormon yang dikenali sebagai kortisol.
construction workers working construction workers working tt3900267
Hormon ini akan menyebabkan anda terlebih makan, atau makan makanan yang tidak sihat. Peningkatan hormon ini dalam badan juga meningkatkan tahap insulin anda, merendahkan tahap gula dalam darah, yang menyebabkan anda teringin memakan makanan manis dan berlemak. Anda lebih cenderung untuk makan kek dan kentang goreng, daripada memakan makanan sihat seperti buahan atau salad.
Iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 8 pekerjaan yang mempunyai kebarangkalian yang paling tinggi menyebabkan kegemukan, dan nyatakan pendapat anda, sama ada anda setuju atau tidak.

1. Doktor / Jururawat

doktor
Memang tidak syak lagi, kerja sebagai ahli medikal sememangnya antara kerja yang paling mencabar di muka bumi. Apa lagi yang menyedihkan adalah terdapat kes-kes bunuh diri akibat tekanan kerja. Namun bukan itu yang kita mahu bincangkan. Tekanan di hospital sememangnya tinggi, sama ada daripada pegawai atasan, pesakit, mahupun waktu bekerja yang tidak menentu. Selain daripada tekanan, waktu kerja yang lama dan tidak menentu yang menyebabkan tidur yang tidak cukup dan menentu juga menyumbang kepada penambahan berat badan, seperti yang diterangkan dalam artikel lalu : 10 tabiat harian ini menyebabkan badan anda susah untuk kurus

2. Guru

guru 964
Tidak asing lagi pekerjaan ini sering dikaitkan dengan kegemukan. Apabila terdengar perkataan guru, apakah yang berada di minda anda? Mesti anda terfikir seorang guru yang sedang duduk di mejanya bukan? Menurut kajian, guru-guru lebih terdedah untuk menambah berat badan mereka kerana banyak menghabiskan masa bekerja di meja mereka. Terdapat juga guru yang mengajar dengan hanya duduk di atas kerusi. Juga, kerja-kerja lain seorang guru seperti menyediakan rancangan pembelajaran, menanda kertas dan sebagainya mengehadkan pergerakan seharian mereka lalu menyumbang kepada kegemukan. Juga tidak terlepas daripada mengalami tekanan di tempat kerja akibat pelajar-pelajar nakal yang sukar dikawal, serta kerenah ibu bapa yang meletakkan tugar mengajar seratus-peratus di bahu guru-guru.

3. Peguam

peguam
Jika anda seorang peguam, pasti anda setuju yang kerja anda sememangnya memberikan tekanan pada diri anda. Seorang peguam perlu menyelidik dengan lebih mendalam tentang sesuatu kes, dan menyemak kembali semua undang-undang yang terlibat, serta mencari cara untuk memenangi sesuatu kes. Bukan satu tugas yang mudah. Ia membuatkan mereka tertekan dan cenderung untuk makan berlebihan. T

4. Agen pelancongan

agen pelancongan
Mereka yang bekerja sebagai agen pelancongan adalah mereka yang perlu memuashatikan semua pihak. Sama ada bos mereka atau pelanggan. Mereka perlu merancang dan mengaturkan segala butiran perjalanan. Kerja-kerja ini sangat memberi tekanan kerana banyak butiran yang perlu dikaji dan disemak. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu mencapai sasaran jualan, jika tidak, akan ada bebelan daripada bos. Akhir sekali, sememangnya kerja sebegini memerlukan mereka duduk di depan komputer untuk jangka masa yang panjang.

5. Arkitek, Pereka, Pelukis

arkitek
Kerja-kerja ini amatlah fleksibel dan bebas. Mereka selalunya mempunyai jangkamasa untuk menyiapkan kerja-kerja mereka. Dan kerja seperti ini bergantung kepada kreativiti dan insipirasi. Mereka tidak terikat kepada jaduah, sama juga seperti pemakanan mereka. Mereka makan apa yang mereka suka, dan boleh dikatakan 90% daripada waktu kerja mereka dihabiskan dengan bekerja secara duduk.

6. Pembantu tadbir

pembantu tadbir
Kerja yang tidak banyak melibatkan pergerakkan, hanya berada di depan komputer setiap masa. Kerja ini dikaitkan dengan tekanan yang tinggi serta kebimbangan seharian. Ia juga menyebabkan mereka tidak mempunyai banyak masa yang menyebabkan mereka terpaksa makan ketika membuat kerja, iaitu di hadapan komputer.

7. Saintis

saintis
Pekerjaan yang memerlukan intelektual biasanya berkait rapat dengan sesuatu yang tidak banyak bergerak, kerana mereka lebih banyak menggunakan otak. Disebabkan saintis-saintis bersungguh-sungguh mempelajari dan membuat penemuan baru, pekerjaan ini selalunya membuatkan mereka untuk mengabaikan pemakanan yang sihat. Tiada masa untuk memikirkan tentang pemakanan kerana sibuk bekerja. Seperti contoh, di NASA, mereka menggalakkan saintis-saintis bersenam ketika waktu bekerja dan menganjurkan program kurangkan berat badan.

8. Ahli IT

pakar it
Bidang informasi teknologi adalah gabungan bidang saintifik dan kreativiti. Dan sudah pasti anda tahu pekerjaan ini memerlukan mereka bekerja setiap masa di depan komputer, secara duduk, dan mengalami tekanan yang tinggi. Pekerjaan ini sememangnya memerlukan kesabaran kerana mereka akan bekerja sehingga lewat malam, dan kemungkinan berhari-hari tanpa henti. Ia menyebabkan mereka cenderung untuk makan tidak tentu masa dan makanan yang tidak sihat.

9. Pegawai pemasaran dan perhubungan awam

pegawai perhubungan awam 936
Bagi mereka yang bekerja dalam bidang ini, mereka tidak mempunyai jadual yang tetap. Mereka juga tidak mempunyai rutin untuk diikuti, dan juga tidak ada tarikh akhir untuk sesuatu pekerjaan. Namun, mereka perlu menghadiri majlis-majlis yang diadakan, dan kebanyakan daripada majlis-majlis ini menhidangkan makanan yang manis dan berlemak. Sebab itulah bidang ini termasuk dalam senarai pekerjaan yang menggemukkan.
Adakah pekerjaan anda tersenarai dalam senarai ini? Dan apa pendapat anda, adakah anda bersetuju, atau tidak? 
Sumber : 

Selalu Datang Lewat, Apakah Tanda Anda Seorang Yang Kreatif?


Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Universiti San Diego, orang yang selalu lewat cenderung untuk menjadi orang lebih berkeyakinan dan dapat melakukan pelbagai tugas dengan baik.
Orang jenis ‘lewat’ ini dikatakan kreatif serta tidak mudah terganggu dengan perkara remeh. 
Nanti share lah artikel ni kat bos anda. Tapi kalau dia marah jangan pula anda salahkan kami. HEHE!
Sumber: Hanasuva

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang 4 Jenis Makanan Ini | Mitos vs Kebenaran

MITOS 1: MEE SEGERA
Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax (lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama.
Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam.
Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.
JAWAPAN
Bahaya mee segera sebenarnya terletak pada tinggi garam dari perencah dia. Ia adalah diet yang tak seimbang kalau makan selalu. Ia tak menyebabkn kanser dan tiada kes ‘potong usus’ dilaporkan setakat ini.
MITOS 2: SARDIN
Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh.
Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.
JAWAPAN
Sardin atau makanan dalam tin tidak menyebabkan fibroid dalam rahim wanita (tiada kes dilaporkan). Walaupun ada pendapat mengatakan perkaitan makanan dalam tin termasuk sardin dengan kanser yang mana dikatakan makanan tersebut terdedah pada logam plumbum (lead poisoning) dari tin.
The world health organisation’s international agency for research on cancer (IARC) melaporkan ‘mungkin’ ia carcinogenic pada manusia. Laporan yang tidak konklusif.
Namun begitu bahayanya adalah sebenarnya terletak pada kandungan garam (salt- sodium chloride) dan bisphenol A (BPA) yang tinggi sardin/makanan dalam tin. Jangan makan makanan tinggi garam nanti darah tinggi adik kakok. Tak seimbang tu kalau makan selalu. Hihi.
MITOS 3: MINUMAN 3 in 1
Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik.
Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram, terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula.
Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.
JAWAPAN:
Bahayanya sebab tinggi kandungan gula. Gula tinggi macam-macam lah dapat penyakit bermula dengan diabetis. Bukan hanya minuman 3 in 1 tapi semua yang manis-manis. Kurangkan manis dalam minuman, lebihkan dalam senyuman ye.
MITOS 4: PANADOL
Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun.
Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat.
Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.
Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti (terutama roti serat), biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan, jom share untuk kebaikkan bersama.
JAWAPAN:
Panadol (paracetamol/acetaminophen) dikatakan toksik pada badan adalah TIDAK BENAR. Panadol bukan ubat toksik pada badan jika ikut dose yg betul seperti disarankan oleh doktor atau pengeluar Panadol.
Dose yang disarankan adalah:
1. Tab paracetamol 1g bersamaan dengan 2 biji (500mg satu biji) setiap 6-8 jam sekali (maksima 4g sehari) untuk orang dewasa.
2. Untuk kanak-kanak sirap paracetamol adalah 15mg per kg dalam 6-8 jam (3-4 kali) sehari.
3. Suppositories paracetamol yang dikenali ubat peluru (masuk rektum) 30mg per kg setiap 6 jam sekali (maksimum 5g sehari).
4. Paracetamol juga ada dalam bentuk intravenous (IV Perfalgan) diberikan 1g secara infusi dalam masa 15 minit (minimum tidak kurang dari 4 jam sekali: maksimum 4g sehari).
Paracetamol digunakan sebagai ubat demam (antipyretic) dan ubat tahan sakit (painkiller) yg paling selamat dan sesuai digunakan oleh kanak-kanak, ibu-ibu mengandung dan tengah menyusu dan juga warga emas.
Dose toksik panadol (overdose) pada hati sebenarnya adalah >10g (20 biji) atau 200mg/kg. Yang ni memang skali nyawa kita jalan kerana kerosakan hati.
Hanya beberapa perkara perlu berhati-hati jika anda adalah G6PD deficiency (possible risk of hemolysis), pesakit buah pinggang dan hati dan alahan pada paracetamol.
Panadol tinggal dalam tubuh selama 5 tahun adalah MITOS. Panadol hanya dalam badan selama 4-6 jam sahaja kemudian akan dikumuhkan.
Saya hanya menjawab satu artikel yang banyak disebarkan dan berputar di media sosial khususnya di whatsapp. Ia akan membuatkan masyarakat jadi panik dan tidak mahu makan ubat.
Saya sendiri berpengalaman jumpa pesakit yang kata pandol bahaya dan tak mahu mengambilnya setelah diberikan. Datang sakit demam jadi susah kami para doktor nak merawat.
Semoga tulisan pendek saya memberi sedikit info yang bermanfaat untuk semua.
Dr Ahmad Zakimi Abdullah (Dr Zek)
Medical Mythbusters Malaysia
Medtweetmy

Adik Thaqif, Pelajar Thafiz Meninggal Dunia | Al-Fatihah


Johor Bharu - Pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Johor dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) kira-kira jam 2.05 petang tadi. 

Namun, punca kematian masih belum dapat dikenal pasti.

Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafie, 11, meninggal dunia sebelum sempat menjalani pembedahan untuk memotong tangan pelajar tersebut yang dijadual hari ini tidak dapat dijalankan berikutan keadaan jantungnya yang tidak stabil.

Berjuta-juta Labah-labah Bentuk Sarang Gergasi Sebesar Tembok


enhanced-buzz-wide-9240-1331139721-2
Oleh Syazwan Aizad. Sumber DailyMail
Kejadian yang berlaku pada pagi pesta Halloween yang lepas, Judith dan Thomas Charnley terkejut selepas menemui sarang labah-labah yang sangat besar dihadapan rumah mereka di East Lancashire, England.
Kelihatan berjuta-juta ekor labah-labah menghuni sarang tersebut yang berukuran kira-kira 30 kali tinggi yang membentuk seakan-akan tembok.
Menurut seorang veterinar yang melawat kawasan tersebut, Dr Charnley, berkata, labah-labah berkenaan ialah spesis Dictyna arundinacea, iaitu spesis labah-labah biasa di UK.
Labah-labah berkenaan hidup dikawasan rumput dan biasanya keluar dan berhijrah secara berkumpulan pada hujung tahun.
Uish, ini kalau kita tersangkut dalam tu, apa lah nasib kita agaknya ya?
3a2b58f800000578-0-image-a-33_1478609663925enhanced-buzz-wide-9240-1331139721-23a2e852100000578-3916666-image-a-47_14786257171032343223100000578-2839239-the_mass_of_fibres_covers_a_flood_plain_tree_and_gates_at_the_na-5_1416318504459article-2111390-120c1c92000005dc-564_634x4223a2b581f00000578-0-image-a-27_14786096522653a2e851a00000578-3916666-image-m-45_1478625683349
sumber : sajakongsi

Setiap Hari Ayam Ni Berkumpul Untuk Tengok Kucing Gemuk Ni

Scruffles adalah seekor kucing gemuk tipikal. Kerja setiap hari adalah baring dan bermalasan. Tapi ada satu hal yang agak pelik iaitu ayam-ayam di belakang rumah suka sangat tengok si Scruffles ni walaupaun tak buat apa-apa. 
Ayam-ayam ni akan berkumpul kat depan pintu cermin tempat di mana Scruffles suka melepak. Hahaha macam-macam lah diorang ni :P

Sumber: Sunnyskyz, erafm

9 Makanan Tempatan Yang Rasakan Tidak Perlu Letakkan ‘Cheese’ Langsung

  • Mungkin ada yang tak tahu, makanan-makanan seperti ini juga dijual dan diletakkan cheese, seriously? :

    • 1. Lemang cheese

      • Kami sendiri tak boleh bayangkan macam manalah sesetengah orang boleh makan lemang cheese macam ni. Cuba anda bayangkan, lemang yang rasanya sudah berlemak itu dicampurkan pulak dengan bahan lain seperti cheese. Mood hari raya confirm berubah kalau makan lemang macam ni.

    • 2. Kuey teow cheese

      • Bayangkan kuey teow yang sepatutnya rasa pedas-pedas dan enak dimakan ketika panas diperbaharui dan dihidangkan bersama cheese. Memang tak boleh masuk langsung!

    • 3. Maggie goreng cheese

      • Saat pertama kali kami memandang gambar ini, kami terdiam. Puas kami fikirkan macam manalah maggie goreng boleh dihidangkan bersama mozarella cheese yang ditaburkan ke atas maggie tersebut. Kedai mamak mana lah jual maggie goreng macam ni? Tak rasa lain macam ke bila makan?

    • 4. Bihun cheese

      • Bukan kuey teow dan maggie saja, bihun pun diperbaharui dan dihidangkan bersama cheese. Yang membezakannya dengan hidangan yang tadi adalah, ia sedikit berkuah dan melekit. Err kembang tekak kami melihatnya.

    • 5. Nasi goreng cheese

      • Nasi goreng juga tak terlepas dihidangkan bersama cheese. Kalau pisang goreng tu bolehlah kami terima tapi kalau dah nasi pun makan dengan cheese, err apalah agaknya rasanya tu?

    • 6. Rojak cheese

      • Kalau pisang goreng pun dah letak cheese apatah lagi rojak. Tapi bagi kami, rojak tidak sepatutnya dihidangkan sebegini. Tidak kiralah rojak buah mahupun rojak mi. Rasa asli rojak itu sendiri sudah sedap. Tak perlu hancurkan originality makanan tersebut dengan cheese. Faham?

    • 7. Keropok lekor cheese

      • Sudah... cukup, cukup sudahlah dengan sosej cheese yang anda boleh beli sebanyak mungkin di pasar malam tu. Apa kata kita biarkan keropok lekor kekal dengan rasa dan dihidangkan dengan cara yang sama selamanya. Ini kerana bagi kami keropok lekor sudah cukup enak dicicah bersama kuahnya. Apatah lagi bila dimakan sewaku masih panas. Jadi jangan musnahkan rasa authentic ini please?

    • 8. Biskut bangkit cheese

      • Kuih bangkit adalah kuih tradisional yang terkenal sewaktu menjelangnya Aidilfitri. Rasanya yang berlemak itulah yang menyebabkan ia dipanggil kuih bangkit kerana ia membangkitkan selera sesiapa saja yang makan kuih ni. Tapi apabila sudah dicampurkan bersama cheese, maka hilanglah keaslian kuih tradisional ini. Tak bangkit selera abang nak makan. :(

    • 9. Nasi lemak cheesecake

      • Dalam banyak-banyak juadah, ini yang kami paling tak boleh terima. Bagaimana boleh nasi lemak dihidangkan bersama keju dan dijadikan cheesecake. Makan kek dengan topping sambal dan ikan bilis? Hilang terus rasa asli makanan kegemaran rakyat Malaysia kita ni. :(
      • sumber : says.com

    5 Selebriti Holywood Ni Sebenarnya Orang Kelainan Upaya (OKU)

    Orang Kelainan Upaya (OKU) ni memang istimewa. OKU ni tak semestinya melibatkan kecacatan tubuh badan ye. Banyak perkara yang boleh dikategorikan sebagai OKU termasuk lah masalah pembelajaran, masalah dari segi mental dan sebenarnya. 
    Dan tak ada istilah nak jadi artis mesti cantik dan handsome saja. 5 selebriti Holywood ni sebenarnya OKU tapi tetap berjaya. 

    Daniel Radcliffe
    Pelakon watak Harry Potter ni sebenarnya ada Dyspraxia. Dyspraxia ni keadaan di mana pesakit mengalami masalah lemah otot dan IQ rendah. Daniel masih berada di tahap sederhana. Kadang-kadang dia akan terjatuh semasa berdiri atau tak mampu imbangi badan semasa ikat tali kasut. 
    David Beckham
    David Beckham ada OCD yang agak teruk. Dia tak boleh nampak barang yang tak tersusun sampaikan kalau menginap di mana-mana hotel, dia akan susun semula barangan di dalam bilik hotel termasuklah makanan ringan dalam peti ais. 
    Justin Timberlake
    Sama juga seperti Beckham, Justin juga ada Obessive Compulsive Disorder (OCD) dan Attention Deficit Disorder (AFD). Penyakit ni terlalu teruk buatnya hingga dia kelihatan seperti orang sakit mental.
    Keira Knightly
    Bintang cantik ni menghidap Dyslexia sejak umurnya 6 tahun. Menjadi pelakon semestinya memerlukan Keira pandai membaca. Dia berusaha keras untuk mengatasi penyakit tersebut hingga mampu jadi pelajar terbaik di kelasnya. 
    Orlando Bloom
    Sama seperti Keira, Orlando lebih kepada pendidikan seni kerana kesukarannya untuk menulis dan membaca. Jadi, dia perlu menghafal segalanya. 

    Sumber: Cosmopolitan, erafm