Our social:

Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Putih Kelantan | Pengalaman Berkursus Di Tok Aman Bali

Tok Aman Bali Beach resort

Assalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh, Salam Pembuka Bicara kepada anda semua semoga anda dan keluarga sihat hendakNya aamiinn, hurmm.. rasanya agak lama juga saya tidak menulis blog saya ini. Mungkin sibuk dengan pelbagai urusan seharian dan urusan kerja di pejabat, itulah dalam kesibukan bekerja algamdulillah dengan izinNya dapatlah juga saya pergi bercuti dan berkursus atas urusan kerja bak kata orang menyelam sambil minum air lettew hee :).

Baru-baru ini saya telah mendapat peluang untuk pergi berkursus di Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Puteh Kelantan ianya adalah anjuran tempat saya bertugas. Dengan perjalanan saya selama hampir 7 jam di dalam bas dari Bandar Raub fuhhh memang penat pah paleh wehh (loghat orang pahang hee), tiba-tiba saya berfikir sejenak macam mana la keadaan resort ini sebab saya ni belum pernah datang ke Tok Aman Bali Beach Resort ini, sehingga la saya sampai ternyata tempatnya dan keadaannya tersangat cantik dan menarik. Untung la saya dapat datang ke sini walaupun dalam urusan kerja.

Baiklah tanpa membuang masa lagi saya ingin berkongsi dengan anda serba sedikit tentang keindahan dan betapa bestnya bila datang bercuti atau berkursus di Tok Aman Bali Beach Resort ini.



Tok Aman Bali Beach Resort ini adalah terletak berhadapan di Pantai Bisikan Bayu di Daerah Pasir Puteh, Kelantan jaraknya ialah kira-kira 50 kilometer dari Kota Bahru, KelantanPantai Bisikan Bayu ini pula terletak di antara pokok-pokok cemara tinggi yang menawarkan naungan yang tenang untuk pantai yang bersih dan pasirnya memutih. Anginnya bayu yang lembut dan aman meminjamkan namanya kepada pantai yang indah ini. Tok Aman Bali Beach Resort ini juga terletak sangat strategik dan berhampiran sempadan Terengganu dan Kelantan, ianya sebagai pintu masuk ke Kelantan, resort ini juga menawarkan para tetamu keselesaan mewah malah ditambah pula dengan layanan Negeri Kelantan yang mesra dan terkenal.

Selain itu juga apa yang menarik lagi yang dapat anda rasai dan nikmati adalah suasana di resort ini yang selesa tenang dan mewah, jauh dari kesibukan hiru-piruk bandar. Jumlah bilik yang ditawarkan adalah sebanyak 100 bilik dalam bangunan bertingkat rendah yang direka dalam gaya seni bina Kelantan yang cantic supaya memeluk semangat ketenangan dan keturunan para bangsawan.


Pantai Bisikan Bayu

Pantai Bisikan Bayu

Oklah berbalik semula kepada program berkursus saya, untuk kali pertamanya saya sampai di resort ini, saya bersama rakan-rakan yang lain disambut dengan begitu mesra dan dihidangkan dengan "welcome drink" oleh penyambut tetamu resort. Wahh.. memang begitu teruja sekali saya dengan keadaan resort ini yang sangat cantik dipenuhi dengan gaya yang mewah apabila masuk ke kawasan lobi resort ini.


Bahagian Pintu Masuk Utama Resort

Bahagian Reception

Lobi 

Akhirnya dapat juga saya berehat setelah penat dalam perjalanan hampir 7 jam tadi, ok bilik yang saya menginap adalah di bilik Deluxe Triple Sharing Room, berkongsi tiga orang rakan saya dan ianya sangat luas, sangat selesa dan semua kemudahan ada terdapat di dalam bilik tersebut. 

Untuk pengetahuan anda juga semua bilik yang disediakan adalah dilengkapi dengan balkoni lagun menghadap anda sendiri dan jika anda bernasib baik anda boleh melihat burung putih berkumpul di sekitar lagun. Resort ini juga penuh kepakaran merancang untuk menyediakan keselesaan peribadi optimum dan bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan anda. Di dalam resort ini juga terdapat sebuah kolam renang infiniti bermata besar yang strategik terletak di tengah-tengah resort supaya semua bilik mempunyai pemandangan utama taman berlandskap di mana kolam yang besar adalah tengah yang mulia.

Deluxe Twin Room

Deluxe Room

Balkoni Lagun

Susur Pejalan Kaki Untuk Ke Bilik
Pada hari pertama saya berkursus adalah di Dewan Seminar yang terletak bersebelahan pintu masuk Lobi resort ini. Dewan Seminar ini telah dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk Sound Sistem, lampu-lampu yang cantik, kerusi meja yang tersusun dan lain-lain. Apa yang penting lagi adalah Sarapan Pagi Buffet yang disediakan memang sangat sedap dan mempunyai banyak pilihan malah makanan-makanannya terdapat juga elemen dan gaya masakan orang Kelantan.

Dewan Seminar

Dewan Seminar

Kafe

Kafe
Setelah habis kursus pada hari pertama, tibalah saya untuk melawat sekitar resort ini ternyata terdapat pelbagai kemudahan dan fasiliti yang dapat kita gunakan atau sewa dengan kadar bayaran yang berpatutan contohnya:-

- Kolam Renang Dewasa & Kanak-kanak
- Bilik Latihan/Dewan Seminar
- Tok Aman Bali Spa
- Berbasikal
- Pedal Boat Rides
- Memancing
- Berkayak
- Bola Tampar Pantai
- Bilik Bermain Kanak-kanak
- Taman Permainan
- Bilik Games & Perpustakaan Mini
- Taman Rama-rama & Taman Herba
- Kedai Menjual Pelbagai Barangan
- Paintball
- Bola Air
- Buggy untuk disewa

Taman Permainan

Kolam Renang

Boat Pedal Rides

Jeti
Selain itu juga kawasan sekitarnya sangat cantik dan menarik, ianya sangat sesuai untuk anda melapangkan masa bersama keluarga bersiar-siar di dalam resort ini tanpa perlu keluar dari kawasan resort untuk jalan-jalan ke tempat lain.











Setelah saya berkursus selama 3 hari di resort ini berasakan amat begitu cepat masa berlalu, rasa tidak puas pula datang ke sini, sekiranya berkelapangan saya pasti akan datang semula dengan membawa keluarga saya datang menginap dan bercuti ke Tok Aman Bali Beach Resort ini.

Saya bersama rakan-rakan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak kakitangan dan pengurusan resort kerana telah memberi perkhidmatan dan layanan yang sangat baik dan best. Good Job bro hee :)

Sekian dari saya Assalamualaikum :)






0 comments:

Catat Ulasan