Our social:

Terengganu | Jalan-jalan Telan Angin


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Pembuka Bicara.. dalam kesibukan saya bekerja sempat juga pergi melawat dan bercuti ke Negeri Terengganu Darul Iman ini dan bahasa Terengganu kebiasaannya diucapkan dengan panggilan "Ganu Kite" hee.

Perjalananan ini membawa saya selama lebih 6 jam dari daerah Bentong untuk sampai ke bandar Kuala Terengganu, dalam masa itu juga sempat juga saya membuat persinggahan beberapa tempat untuk berhenti berehat sebentar bagi menghilangkan kepenatan memandu jauh, bak kata orang "jauh perjalanan indah pemandangan". 

Dalam masa yang sama juga ianya memang satu pengalaman yang sangat menarik dan best bila datang ke Negeri Terengganu ini, di mana negeri ini juga diduduki oleh ramai ahli keluarga saya sendiri seperti di daerah Dungun, Kerteh dan Besut.

Setelah lama pemanduan saya maka sampailah saya dan isteri tercinta di Bandar Kuala Terengganu ini yang indah dan begitu cantik sekali dan dengan itu juga saya telah menginap di hotel yang berada di dalam kawasan bandar Kuala Terengganu dengan kadar RM120.00 x 2 malam sahaja.

Ok di sini ingin saya berkongsilah serba sedikit tentang Negeri Terengganu, Terengganu merupakan salah satu negeri yang sangat kaya dengan pelbagai khazanah hutan, pantai dan pulau-pulau yang indah dan cantik, maka sebab itulah ianya sangat menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara untuk datang melancong ke Terengganu ini. Terengganu juga memang cukup popular dengan tempat makan atau gerai-gerai makan yang sedap, enak dan mempunyai makanan yang sangat menarik seperti hidangan nasi dagang, keropok lekor, sata bakar, sata goreng, otak-otak bakar, otak-otak goreng, pais, telur penyu, sate ikan, lempeng jagung, sotong, udang dan ikan celup tepung.

Nasi Dagang

Lempeng Jagung


Bagi anda yang masih belum mengetahui berkenaan Kuala Terengganu lagi, Kuala Terengganu merupakan daerah yang paling maju berbanding bandar-bandar yang lain di dalam Negeri Terengganu. Maka Kuala Terengganulah terletaknya ibu negeri Terengganu atau lebih senonim disebut Bandar KT atau juga dikenali sebagai Bandaraya Warisan Persisir Pantai.


Selain itu juga, terdapat beberapa tarikan pelancong di sekitar Bandar Kuala Terengganu ini antaranya makanannya ialah keropok lekor di Kampung Losong dan ikan celup tepung di Pantai Mengabang Telipot dan Pantai Teluk Ketapang. Saya pasti anda akan dapat merasai keaslian dan kesedapan keropok lekor di kawasan ini.

Di dalam Bandar KT juga terdapat pantai yang sangat popular dikalangan para pelancong iaitu Pantai Batu Buruk. Ianya pantai rekreasi yang sangat menarik dan menjadi tempat pelancong bersantai untuk bermain layang-layang, makan-makan, menunggang kuda, naik kereta kuda, membawa anak-anak ke taman permainan, bersiar-bersiar atau sekadar untuk berehat-rehat. 

Pada hari pertama saya memilih untuk melawat ke Taman Tamadun Islam yang mana satu tempat menarik di Kuala Terengganu dan cukup popular kerana di sinilah terletaknya 21 monumen replika bangunan terkenal di dunia yang juag mempunyai senibina yang asli seperti yang asal. Seperti Masjid Nabawi. Masjidil Haram, Taj Mahal dan pelbagai lagi.

Di dalam kawasan Taman Tamadun Islam inilah terletaknya Masjid Kristal. Masjid Kristal ini telah dibina dengan menelan kos sebanyak RM23 juta yang sangat cantik, indah dan menarik. Masjid Kristal ini kelihatan seperti terapung di Sungai Terengganu malah pemandangan Masjid Kristal ini ketika menaiki River Cruise memang sangat indah dan menakjubkan.


Sungai Terenggau

Masjid Kristal


Seni Reka Bentuk Dalaman Masjid Kristal



Apa yang lebih menarik lagi saya telah pergi melawat ke Muzium Negeri Terengganu, muzium ini merupakan muzium utama Negeri Terengganu  terletaknya di Kampung Losong. Muzium ini terkenal dengan reka bentuknya yang unik dan diperakui sebagai muzium yang terbesar di Asia Tenggara dan para pengunjung juga dapat melihat dengan lebih dekat artifak ikonik yang unik Negeri Terengganu iaitu Batu Bersurat.


Destinasi saya seterusnya ialah Pantai Teluk Ketapang, pantai ini terletak di Seberang Takir, di mana kira-kira mengambil masa 30 minit memandu dari Bandar Kuala Terengganu. Pantai Teluk Ketapang ini sangat popular kerana lokasinya yang hanya bersebelahan dengan lapangan terbang, selain itu ianya popular dengan makanan ikan celup tepung dan anda bolehlah juga membeli keropok lekor yang enak dan sangat sedap.

Pada hari kedua pula saya pergi melawat dan bersiar-siar ke Kampung Cina Kuala Terengganu atau lebih dikenal Kuala Terengganu China Town. Kampung Cina ini terletaknya ialah di sepanjang Jalan Bandar di muara Sungai Terengganu.

Di Kampung Cina ini terdapat beberapa lorong yang merupakan lorong-lorong yang dipenuhi dengan arca-arca dan gambar-gambar yang sangat unik, di lorong-lorong inilah menjadi tumpuan utama apabila pengunjung datang ke sini dengan mengambil gambar. Selain itu, apa yang sangat menarik ia terdapat satu lorong yang menempatkan yang mana anda boleh meninggalkan kenangan dengan meletakkan mangga kunci, ianya dikenali sebagai Love Lock dan saya juga tidak melepaskan peluang tersebut hee :)





Love Lock

Seterusnya destinasi saya ialah Pasar Kedai Payang "Shopping Time" hee :).. bagi anda yang menyukai kain, batik atau sutera inilah tempat yang betul untuk anda mendapatkannya dengan kadar harga yang berpatutan. Pasar ini sangat popular dan ianya aktiviti wajib dikunjungi kerana anda dapat melihat pelbagai barangan dijual di sini dan anda dapat mengenali pelbagai budaya berniaga di pasar basah dan kering ini.


Percutian kali ini sangat memenatkan dan meninggalkan kenangan yang menarik bagi saya dan isteri. Saya juga harap dengan adanya perkongsian daripada saya ini menjadi sumber maklumat yang baik bagi yang ingin datang ke Negeri Terengganu ini terutamanya Bandar Kuala Terengganu. 

Sekian sahaja dari saya dan tiba masanya saya ingin "Check Out" hee :) semoga ketemu lagi di lembar yang lain.. Assalamualaikum WBT.


Check Out Hotel hee

0 comments:

Catat Ulasan