Pulau Langkawi | Pengalaman Pergi Bercuti Bersama Tersayang
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabrakatuh Salam Pembuka Bicara... bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNya dapat saya berkongsi serba sedikit pengalaman sewaktu pergi bercuti bersama isteri tercinta (honeymoon leteww hee).
Sejak pertama kalinya saya berpijak di bumi Pulau Langkawi ini begitu teruja rasanya dengan keindahan panoramanya, pantai-pantainya putih bersih, bandar Pekan Kuah yang cantik, pelbagai tempat pelancongan, tempat-tempat bersejarah dan macam-macam lagi.
Sebenarnya banyak tempat-tempat dan aktiviti-aktiviti menarik boleh dinikmati di Pulau Langkawi tetapi saya hanya sempat beberapa sahaja aktiviti dan tempat menarik untuk dikongsi bersama anda, walaubagaimanapun saya harap anda dapat mengetahui serba sedikit info sebagai panduan ketika ingin melawat atau melancong ke Pulau Langkawi ini.
Pada hari pertama, lokasi yang saya pergi adalah melawat ke Makam Mahsuri, terletak tidak terlalu jauh dari bandar Pekan Kuah. Pengalaman di sini sangat menarik kerana terdapat Muzium Sejarah Kehidupan Mahsuri, ada juga rumah Mahsuri dan telaga Mahsuri juga. Kadar bayaran masuk adalah juga berpatutan iaitu dengan kadar RM7.00 untuk dewasa dan untuk kanak-kanak adalah secara PERCUMA.
Makam Mahsuri |
Rumah Mahsuri |
Lokasi Beras Terbakar ini ialah di Mukim Padang Matsirat, Langkawi. Dari Pekan Kuah jarak perjalanannya ialah kira-kira 17 kilometer dan mengambil masa hanya 21 minit.
Rumah Ku Halim Ku Hassan |
Sejarah beras terbakar ini adalah terletak di hadapan rumah Ku Halim bin Ku Hassan. Semasa berlakunya peperangan antara Siam dengan Langkawi, Dato Kemboja selaku Ketua Perang Angkatan Langkawi terasa akan kalah di tangan Siam. Lalu beliau mengarahkan semua penduduk kampung mengumpulkan hasil padi mereka di suatu tempat untuk dibakar.
Penduduk kampung telah mengorek sebuah lubang besar dan padi yang dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam lubang itu lalu dibakar. Ini adalah bagi mengelakkan padi itu dirampas oleh pihak Siam yang mana akan menjadi bekalan utama mereka apabila bertapak di Pulau Langkawi.
Dari peristiwa inilah hingga sekarang masih terdapat kesan beras terbakar yang dapat dilihat dengan jelas dihadapan rumah Ku Halim Ku Hassan ini.
Pada hari kedua pula, pengalaman yang saya paling tidak akan lupakan adalah ketika pergi menaiki Kereta Kabel Langkawi. Aktiviti menaiki Kerata Kabel Langkawi ini adalah di mana akan membawa anda ke dalam satu perjalanan yang mengujakan iaitu sejauh 1.7 kilometer sebelum anada akan singgah di Stesen Tengah.
Walaupun ada juga juga terasa seram tetapi menyeronokkan kerana lantainya kaca dan tali kabel panjang sehingga tidak nampak hujungnya. Kereta Kabel ini akan naik dengan curam dan anda boleh melihat pokok-pokok besar nun jauh di bawah kaki anda.
Di stesen tengah pula, anda boleh turun dan berjalan ke platform untuk melihat pemandangan Pulau Langkawi.
sempat pula isteri saya possing ye hee :) |
Anda tidak perlu risau kerana di atas stesen juga ada terdapat kafe untuk membeli minuman dan makanan bagi menghilangkan rasa takut anda hee :)
Pada hari ketiga pula saya ingin merasakan pengalaman dengan melakukan aktiviti Island Hoping, yang mana aktiviti ini adalah tersangatlah bestnyerr hee :)
Perkhidmatan Island Hopping ini meliputi 3 pulau terpilih. Antaranya adalah Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan tempat bagi makan Helang (Eagle Feeding). Tempoh perkhidmatan Island Hopping ini adalah selama 4 jam dan harga untuk sebuah bot adalah RM250.00, jadi bagi anda yang ingin menaiki bot yang disediakan, bot ini di mana boleh memuatkan seramai 10 orang dengan kadar RM25.00 seorang.
Perkhidmatan Island Hopping ini meliputi 3 pulau terpilih. Antaranya adalah Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan tempat bagi makan Helang (Eagle Feeding). Tempoh perkhidmatan Island Hopping ini adalah selama 4 jam dan harga untuk sebuah bot adalah RM250.00, jadi bagi anda yang ingin menaiki bot yang disediakan, bot ini di mana boleh memuatkan seramai 10 orang dengan kadar RM25.00 seorang.
Saya memilih untuk menuju ke lokasi pertama adalah ke Pulau Dayang Bunting. Anda usah khuatir ye, pemandu bot akan memaklumkan kepada anda lokasi-lokasi sepanjang perjalanan aktiviti Island Hopping tersebut jadi anda tidaklah akan pening nanti hee :)
Di atas bot |
Permandangan Pulau Dayang Bunting |
Jeti Pulau Dayang Bunting |
Sampai di Pulau Dayang Bunting, anda akan dibenarkan untuk turun di jeti dan meneroka sekitar Pulau Dayang Bunting. Antara perkara menarik di sini adalah Tasik Dayang Bunting yang mempunyai mitos tersendiri. Aktiviti yang boleh anada jalankan di sini adalah aktiviti berkayak, memandi manda di tasik dan menaiki peddle bot.
Untuk ke Tasik Dayang Bunting, anda harus mendakit bukit sekitar 10 minit sebelum sampai ke tasik tersebut. Dalam perjalanan tersebut, anda boleh melihat alam sekitar di samping melihat spesis haiwan liar iaitu monyet-monyet yang berkeliaran (jangan kena sambar udah la ye hee). Sememang nya saya tidak begitu lama di sini kerana akan menuju ke destinasi seterusnya iaitu tempat memberi makan Helang (Eagle Feeding).
Ini adalah tempat bagi Makan Helang (Eagle Feeding). Lebih kurang 20 minit perjalanan saya dari Pulau Dayang Bunting ke tempat bagi makan helang ini. Aktiviti di sini adalah anda boleh memberi makan kepada burung helang iaitu kebiasaannya adalah kulit ayam.
Lokasi saya seterusnya adalah di Pulau Beras Basah, pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan antaranya mandi laut, berkelah dan juga menaiki banana bot. Ramai yang memilih untuk transit di sini jadi lokasi ini sentiasa ada pengunjung seperti Tasik Dayang Bunting termasuklah pelancong-pelancong dari luar negara. Lokasi Pulau Beras Basah ini cantik dan pantainya yang bersih jadi kalau anda ingin mandi laut pon boleh hee :)
Pulau Beras Basah |
Pengalaman dan kenangan manis dengan berbulan madu saya dan isteri tercinta ini amat bermakna dan adalah pengalaman yang begitu mengujakan, walaupun terlalu banyak lagi aktiviti dan tempat-tempat yang menarik belum saya kunjungi. Apa yang pasti in shaa Allah saya pasti akan datang lagi bersama-sama keluarga ke Pulau Langkawi yang indah ini suatu hari nanti.
Jadi pada anda yang ingin datang bercuti dan melancong ke Pulau Langkawi saya nasihatkan buatlah satu perancangan teliti terlebih dahulu terutamanya dari segi bajet anda hee. Sekian sahaja dari saya untuk kali ini, selepas ini pasti banyak lagi yang saya ingin kongsikan kepada anda.. Assalamualaikum... :)
0 comments:
Catat Ulasan