Our social:

Apa Fungsi Telefon Tepi Lebuhraya Ni? Macam Mana Nak Guna?

Semua orang pernah lihat telefon kecemasan (ET) di tepi lebuhraya ni kan? Tapi mungkin kita tak pernah langsung menggunakannya. Tapi setiap kali lalu tepi highway rasa teringin sangat nak tahu apa fungsi telefon ni, macam mana nak guna dan sebagainya. 
Okay, ET ni terletak setiap lebih kurang 2KM di lebuhraya dan semestinya ia untuk kecemasan. Sekiranya kereta anda rosak atau berlaku sebarang kemalangan yang memerlukan bantuan PLUSRonda. Telefon ni tak ada ganggang tau. Selain itu, telefon ini juga membolehkan pihak Plus mengetahui di mana lokasi anda sekiranya anda tak pasti di mana anda berada. 
Cara nak guna
1. Tekan butang untuk bantuan
2. Dengar dan patuhi arahan
3. Mulakan perbualan


Ini adalah nombor telefon yang boleh kita gunakan jika berlaku sebarrang kecemasan mengikut lokasi lebuhraya di mana kita berada. Harap ini membantu anda! 
Oleh: Aimi Nordin sumber : erafm

0 comments:

Catat Ulasan