Our social:

Sekumpulan Lelaki Curi iPhone Wanita Ini Di KLCC Kemudian Menyamar Jadi 'Apple Support'


    • Artikel ini merupakan sebuah tulisan dan sumbangan daripada Fizliyana Hilda melalui blog peribadi fhildagreat.blogspot.my dan diterbitkan semula oleh SAYS atas keizinan.
       says.com
    • Sedikit perkongsian dengan semua agar lebih berhati-hati dan menjadi teladan buat semua.

      Sabtu lepas, saya dan family ke KLCC. Malang kali ini kerana iPhone6 saya telah diambil dari bag tangan saya. Kejadian berlaku di Bath & Body Works, KLCC.

      Memang sebelum itu, saya perasan ada lelaki ni berjalan rapat dengan saya dan asyik melihat saya, bila saya masuk ke kedai tersebut. Tiba-tiba dia tak jadi masuk pula. Saya hairan dan rasa tak sedap hati, terus tengok handbag, phone dah hilang!
      Kemungkinan besar, kecurian ini dilakukan oleh 3 individu, hanya beberapa saat sahaja untuk ambil barang peribadi anda. Perhatikan gambar berikut in sequence:

      Dihadapan saya, lelaki berpakaian kemas, beg silang Gucci. Dibelakang saya, ada couple (lelaki berbaju hitam & perempuan)*
       says.com
    • Apabila saya masuk kedai tersebut, tiba-tiba lelaki tu tak jadi masuk. Saya stop la kejap sambil pandang je laki tu (tadi beriya-iya sangat nak jalan rapat nak masuk kedai, tibe2 tak jadi masuk plak. Pelik juga sebab apa lelaki tu sorang nak buat kat kedai barangan perempuan kan. Masa ni jugak la kemungkinan 'aktiviti curi iphone' ni berlaku, perasan tak couple tadi betul betul belakang saya. Kami berempat berada di spot yang sama.
       says.com
    • Lepas tu lelaki yg block tadi dah kemana tah, then laki berbaju hitam tu pun beransur dan ada pandang kat saya bila saya terus berjalan masuk dalam kedai. Masa itu hati tak sedap dah, terus cepat cepat nak ketepi and check handbag.
       says.com
    • Lepas couple tu dah takde, mamat yang halang jalan tadi boleh tunggu jap depan kedai. Agaknya nak check line clear ke tak. Ataupun nak tengok sama ada saya dah perasan yang phone saya dah takde.
       says.com
    • Sepantas kilat dierang ni buat kerja. Memang cara kerja ni berkumpulan, cube tengok ni, mungkin dapat bantu anda untuk elakkan peluang "pick pocket". Sorang tukang alihkan perhatian kita, sorang lagi tu jalankan kerja mencuri. Bag tertutup pun takde hal, boleh ambil juga barang. Cuba lihat video ini:
       says.com
    • Lepas tu, bila call no hp saya, dah masuk voicemail. Memang dah lesap la jawabnya. Saya cepat-cepat gunakan aps "Find My Phone" untuk locate phone saya dan terus aktifkan "Lost Mode". Kita boleh tinggalkan message macam "this is a stolen phone, please return it" dan masukkan no fon lain yang boleh dihubungi. Kita akan letak sekali passcode/pin number. Jadi bila owner jumpa balik phone tu, dia je yang tau pin number tu so bolehla unlock iPhone tu.
    • sumber : says.com

0 comments:

Catat Ulasan