Our social:

Takut Nampak Gemuk, Pengantin Perempuan Suruh Lelaki Yang Pakai Gaun

Tahap insecurites dalam diri perempuan pasti ada apatah lagi semasa hari penting mereka. Sama seperti seorang pengantin perempuan, Ou Qian ni yang sanggup menyuruh pengantin lelaki memakai gaunnya hanya kerena dia rasakan akan kelihatan gemuk jika memakainya. 
Disebabkan sayang dan cinta, Wu Shuai rela memakai gaun pengantin isterinya, manakala isterinya memakai tuksedo pada majlis perkahwinan mereka di Shunqing, Nanchong. 
“Dia fikir dia terlalu montel dan tidak akan kelihatan cantik dalam gaun perkahwinan itu. Jadi dia mencadangkan saya memakai pakaiannya manakala dia pula memakai pakaian saya,” jelas Shuai ketika ditemubual.


Oleh: Aimi Nordin Sumber: Mynewshub, erafm

0 comments:

Catat Ulasan