Our social:

Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2017 Online

Permohonan baru bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 dan kemaskini maklumat BR1M bagi penerima sedia ada dijangkakan boleh dibuat mulai bulan 03 Disember 2016.

Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar sekali lagi, sebaliknya hanya perlu mengemaskini maklumat berkaitan berubah, seperti alamat terkini, maklumat akaun bank (akaun simpanan atas nama pemohon sahaja), maklumat ahli tanggungan dalam isi rumah atau maklumat waris.


CARA MEMOHON DAN KEMASKINI BR1M

  • Memohon dan kemaskini BR1M secara Online

Permohonan secara Online hanya boleh dibuat menggunakan komputer kerana aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.

  • Memohon dan kemaskini BR1M secara offline
Permohonan baru dan pengemaskinian BR1M juga boleh dibuat secara manual dengan meggunakan Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia  (BR1M) 2017.

Borang BR1M yang telah siap diisi boleh dikembalikan ke mana-mana cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil LHDNM, Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM, Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) atau Pejabat Daerah yang berdekatan.


Tarikh dan Cara Pembayaran BR1M 2017 

BR1M akan dibayar secara berperingkat mulai Januari 2017. Sila rujuk Tarikh Dan Cara Pembayaran 2017 untuk maklumat.

Semakan Keputusan BR1M 

Sila layari Semakan Status Permohonan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) untuk panduan semakan status permohonan BR1M.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan dan kemaskini BR1M, anda boleh menghubungi nombor yang tertera:
  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Emel kepad br1m@treasury.gov.my
credit : http://www.malaysiatercinta.com/

0 comments:

Catat Ulasan