Our social:

Tarikh dan Cara Pembayaran BR1M 2017

Tarikh pembayaran dan jumlah serta agihan BR1M 2017

Penerima dan bakal penerima BR1M untuk tahun 2017 menerima berita baik. Kadar BR1M telah dinaikkan bagi semua kategori sepertimana diumumkan dalam Bajet 2017.

Tarikh Pembayaran BR1M 2017 

Pembayaran BR1M 2017 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan diagihkan secara berperingkat iaitu tiga (3) kali setahun iaitu pada bulan Februari, Jun dan Ogos 2017.

Manakala pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat sekaligus mulai Februari 2017.

Jadual di bawah menunjukkan ringkasan tarikh dan amaun pembayaran BR1M mengikut kategori pendapatan bulanan.


Cara Pembayaran BR1M 2017

Bagi penerima yang ada mengisi maklumat akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima, manakala penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucer BR1M yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB, Maynak atau Public Bank.


Untuk menyemak samaada permohonan BR1M anda berjaya atau tidak (serta mengemukan rayuan sekiranya gagal), sila layari Semakan Status Permohonan dan Rayuan BR1M.





Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan dan kemaskini BR1M, anda boleh menghubungi nombor yang tertera:

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Emel kepad br1m@treasury.gov.my
credit : http://www.malaysiatercinta.com/

0 comments:

Catat Ulasan