Our social:

Kalau anda serius nak turun berat badan sihat, anda perlu jauhi 20 makanan yang menggemukkan ini.


Kalau anda serius nak turun berat badan sihat, makanan-makanan seperti ini wajarlah anda jauhi.

Makanan sebegini memanglah sedap. Akan tetapi, kajian menunjukkan makanan sebegini boleh mengakibatkan masalah kegemukan, kencing manis, gaya hidup kurang sihat dan sebagainya.

Di sini disenaraikan 20 makanan ini berdasarkan kandungan makanan, populariti dan kekerapan diambil oleh masyarakat kita hingga ke hari ini.

Tapi bukannya tidak boleh makan langsung.





JANGAN JADI TERLALU SEMPURNA

Teringin rasa nak makan tu semestinya ada dari semasa ke semasa. Itulah nafsu manusia.

It's ok. Kalo ter-makan, makan saje dan kemudian lupakannya. Jangan stress. Esok kita mulakan hari yang baru, usaha yang baru.

1. Goreng Pisang

Sebiji pisang goreng dianggarkan 130 kalori. Kini, dengan adanya trend pisang goreng cheese dll, makin bertambahlah kalori nampaknya.

2. Burger, Nugget, Sosej, Kentang Goreng

Burger, Nugget, Sosej, Kentang Goreng sangat popular sejak dahulu lagi. Ianya masih popular sekarang sebab ia sedap dan mudah dapat di mana2.

Satu set Happy Meal dianggarkan 1300 kalori. Khasiat baik tiada dan lemak tepu tinggi. Bayangkannnn...

3. Mee Segera

Makanan kegemaran orang kita. Sedap dan murah. RM1 je dah boleh dapat dan masak sendiri. Tapi Mi Segera ni bahaya untuk kesihatan. Malah ia menggemukkan.

Ingat, kesihatan kita bernilai tinggi. Mi segera bukan makanannya.

4. Minuman Berkarbonat

Minuman berkarbonat biasanya datang dengan gula yang tinggi. 1 tin kira2 150 kalori. Termasuklah diet coke atau zero sugar, minuman berkarbonat bukanlah pilihan yang baik untuk turun berat badan sihat.

5. Roti Canai

Roti canai sekeping kira2 350 kalori. Ia dibuat dengan tepung kosong dan minyak. Tiada khasiat penting yang lain. Lebih merisaukan apabila ramai orang bersarapan dengan roti canai.

6. Minuman 3 dalam 1

Minuman 3 dalam 1 nampak mudah tapi kandungan gulanya tinggi sehingga mencecah 3 sudu teh gula dan kekerapan diambil ada mencecah 2-3 kali sehari.

Kadang2 kita tidak sedar rasa manisnya kerana telah ditenggelamkan dengan rasa pahit kopi dan sebagainya.


7. Sup daging, tulang dan ekor

Daging lembu atau daging jenis merah biasanya mempunyai lemak tepu tinggi melainkan ianya lean meat. Tapi lean meat mahal. 

Daging yang biasa kita makan di kedai makan adalah daging lembu biasa. Sup daging biasanya mempunyai minyak banyak juga. Wajarlah untuk elakkan makanan berdaging jika nak turun berat badan sihat.

8. Nasi Goreng

Nasi boleh dimakan cuma segenggam dalam sepinggan. Nasi goreng bukannya apa. Sebab ianya digoreng maka kalorinya juga bertambah mencecah kira2 500 kalori sepinggan nasi goreng kosong.

9. Kuih-muih

Kuih-muih seperti karipap, seri muka dan sebagainya nampak kecil dan sedap dimakan tetapi jangan terperdaya. Ianya boleh mencecah 120-200 kalori sebiji.

10. Nasi Lemak

Meskipun nasi lemak adalah makanan signature rakyat Malaysia di waktu pagi, ianya mengandungi santan dan berkalori tinggi. Sebungkus kecil RM1 tu kira2 400 kalori. Standard nasi lemak kosong di kedai mamak adalah 600 kalori. 

Ada yang mengatakan Nasi Lemak ini sihat dengan kandungan nutrisi yang ada di dalamnya. Namun pakar nutrisi berpendapat bahawa sarapan pagi yang sihat / makanan pertama kita mestilah memenuhi kriteria-kriteria ini:

1. Mempunyai nutrisi seimbang
2. Memberi tenaga 
3. Memberi air  serta
4. Berkalori rendah supaya gula dalam darah berada dalam paras normal. sarapan pagi berkalori tinggi akan membuatkan selera makan tidak terkawal dan boleh menggemukkan.

Nak makan nasi lemak boleh je tapi berpada-pada. Tapi cukup ke sebungkus kecil nasi lemak waktu pagi? Bagi yang nak turun berat badan sihat, carilah sarapan lain ya.


11. Snek Ringan / Jajan

Tidak sah kalau tiada snek ringan di rumah atau di pejabat. Memang akan ada di mana sahaja. Biarlah orang lain makan bukannya kita. Ianya berkalori tinggi dan tidak mengenyangkan.

12. Kulit Ayam

Kulit ayam memang sedap terutamanya bila ayam tu digoreng ranggup. perggh.. Ingat! Makan kulit ayam umpama menambahkan lemak ayam dalam badan kita.

13. Durian

Siapa kata durian tidak boleh makan? Boleh je makan tapi berpada sahaja. Ianya buahan berkalori tinggi. Meskipun lemak yang terkandung dalam durian adalah dari jenis sihat,

Tetapi apabila dimakan secara tidak terkawal, bukan sahaja menyebabkan badan menjadi panas atau perut menjadi berangin (kerana tinggi kandungan sulfur), malahan boleh menyumbang kepada kegemukan. Boleh ke kita kawal diri makan durian?

14. Coklat

Ada pendapat yang mengatakan Coklat tidak menggemukkan. Namun, berdasarkan pengamatan kami, coklat antara craving yang susah dihindari.

Jika tidak terjaga, ianya boleh menggemukkan sebab coklat paket biasa mengandungi 300-600 kalori. Melainkan ianya dark coklat atau coklat tiada gula, orang biasa rasanya lebih menggemari coklat biasa.

15. Aiskrim

Ais krim memang sedap terutamanya tika cuaca panas tetapi ianya berkalori tinggi, mengandungi lemak tepu dan gula tinggi.

16. Mayonis

Satu sudu mayonis kira2 100 kalori. Nak bakar balik satu sudu mayonis kena jalan kaki 25 minit. Bayangkan itu baru mayonis....


17. Pasembor / Rojak

Satu pinggan pasembor ini kira-kira 700 kalori. Sangat popular di warong mamak atau pasar malam.

18. Kek

Siapa yang tidak menggemari kek? Sepotong kek berkalori kira2 400 kalori, mempunyai lemak tepu dan juga gula yang tinggi.

19. Teh Tarik

Segelas teh tarik 140 kalori. Segelas mungkin ok tapi betul ke boleh minum segelas satu masa atau satu hari? Purata penggemar teh tarik akan minum 2-3 gelas satu masa. Teh tarik ni adalah antara minuman berkalori paling tinggi

20. Apam Balik

Ini info terbaru. Sebiji apam balik kira-kira 280 kalori. Biasa beli 3-5 keping kan? Bayangkan makan petang saja dah ambil 1,040 kalori. Itu belum makan malam lagi.


Sumber : Coach Ismail & Ayuhttp://www.thevex.net/ 


KESIMPULAN

Kesimpulannya,  20 makanan yang menggemukkan ini adalah sebahagian daripada makanan-makanan yang tinggi kalori, gula dan mengandungi lemak tepu - berdasarkan kandungan makanan, populariti dan kekerapan diambil oleh masyarakat kita hingga ke hari ini.

Bagi yang nak diet, makanlah makanan yang padat nutrisi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Jangan lupa elakkan makanan ini :

1. Makanan yang bergula
2. Makanan yang berminyak
3. Makanan yang diperbuat daripada tepung kerana mengandungi lectin

0 comments:

Catat Ulasan