Penyediaan Makanan Seimbang Serta Berkhasiat Dari Segi Jasmani Dan Rohani
Tahukah anda tentang penyakit Anxiety ataupun kebimbangan melampau dan Panic Disorder?
Tuan Amatshah Talib berkongsi sedikit tips di laman Facebook beliau bagaimana untuk Penyediaan Makanan Seimbang Serta Berkhasiat Dari Segi Jasmani Dan Rohani bagi pesakit Anxiety / Panic Disorder dan sesuai diamalkan untuk sesiapa sahaja.
Untuk memahami secara ringkasnya;
JASMANI
1. Makanan asas : Nasi
2. Makanan berzat : Daging, ayam, ikan, sayuran.
3. Zat tambahan : Buah-buahan.
ROHANI
1. Makanan asas : Solat lima waktu.
2. Makanan berzat : Zikir, tasbih, hamdalah, takbir, tahlil.
3. Makanan tambahan : Selawat nabi, doa & membaca Al-quran.
Jika diperhatikan ringkasan diatas, adakah kita telah membekalkan makanan seimbang kepada jasmani dan rohani kita ?
Simptom Anxiety dan Panic Disorder adalah penyakit jiwa iaitu bermaksud penyakit daripada roh, rohani, hati, jiwa mahupun nyawa.
Roh atau rohani itu ibarat janakuasa besar dalam diri kita yangg membekalkan tenaga untuk kita hidup, melihat, mendengar, bercakap, merasa dan sebagainya. Sekiranya janakuasa ini terhenti, maka kita sudah dinamakan mati. Tiada lagi pendengaran, penglihatan, percakapan dan sebagainya.
Tanpa rohani dan nyawa, diri kita tidak berguna lagi dan perlu ditanam cepat sebelum keadaannya berbau busuk.
Jadi, tanya diri kita adakah kita telah berlaku adil dengan diri kita sendiri dalam Penyediaan Makanan Seimbang Serta Berkhasiat Dari Segi Jasmani Dan Rohani?
Sedangkan rohani adalah perkakas terpenting dalam diri kita tapi sering diabaikan. Rumusannya, Anxiety dan Panic Disorder adalah rohani kita yang sedang sakit.
Nota : Artikel ini diambil dari laman Facebook Tuan Amatshah Talib dan telah diubah sedikit ayat ringkas kepada ayat penuh.
sumber : http://www.thevex.net/
0 comments:
Catat Ulasan