Anda Akan Denda Jika Pasport Hilang
Denda akan dikenakan jika pasport anda hilang. Tindakan tersebut dikatakan wajar untuk dikenakan kepada semua yang kehilangan dokumen berkenaan kerana ia bukan hanya memastikan masyarakat lebih bertanggungjawab, ia juga dapat mengelakkan pembaziran kepada jabatan terbabit.
Berdasarkan statistik Jabatan Imegresen, sebanyak 44,528 kes kehilangan pasport dilaporkan pada tahun lepas. Kalau sebelum ni, warganegara yang kehilangan pasport hanya perlu membuat laporan polis tanpa dikenakan denda.
Difahamkan, satu jawatan kuasa telah ditubuhkan bagi mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut sebelum ia dilaksanakan dalam masa terdekat.
Sumber: Astro Awani, sajakongsi
0 comments:
Catat Ulasan