Penjenayah Siber Boleh Curi Data Kita Kalau Kita Pos Gambar Buat Simbol ‘Peace’
Sebelum possing ‘dab’ yang popular masa kini, bergambar sambil buat simbol V atau dikenali sebagai simbol ‘peace’ adalah satu posing paling biasa dibuat oleh semua orang.
Tetapi, menurut seorang professor daripada Japan National Institute, Prof Isao Echizen, posing sedemikian boleh mengundang jenayah siber kerana gaya sedemikian menyebabkan kita menujukkan cap jari.
Dengar macam tak logik tetapi menurut Prof Echizen, ia adalah tidak mustahil kerana teknologi masa kini hadir dengan kualiti imej yang semakin baik dan kepakaran pemprograman yang semakin tinggi.
Prof Echizen turut melakukan ujikaji apabila beliau mampu mengambil cap jari yang diambil daripada imej sejauh 3 meter.
0 comments:
Catat Ulasan