Our social:

Betul Ke Kalau Main Hujan Nanti Boleh Demam?

Daripada kecil kita selalu dengar orang tua melarang anak-anak bermain hujan dan berkata 'Jangan main hujan, nanti demam'.
Tetapi betul ke main hujan boleh demam?

Terjadinya Demam

Demam adalah keadaan dimana suhu badan meningkat daripada suhu normal (~37 °C). Suhu badan meningkat adalah salah satu cara tubuh menentang jangkitan kuman. Dalam keadaan tertentu, suhu badan boleh naik terlalu tinggi dan menyebabkan komplikasi disebabkan kuman yang terlalu kuat.

Apa Sebab Kita Demam Selepas Kena Hujan?

Bila kena hujan, suhu badan akan turun sedikit daripada normal. Terdedah pada hujan dalam tempoh yang lama menyebabkan suhu badan akan turun lebih rendah dan menyebabkan gangguan pada fungsi tubuh. Ini dikenali sebagai hipotermia.

Suhu badan yang rendah akan menyebabkan kuman yang sedia ada dalam badan meneruskan serangan pada sistem pertahanan, seterusnya menyebabkan demam.
Suhu sekeliling sejuk > Badan jadi sejuk > Kuman menyerang > Demam.

Rujukan:
Oleh Syazwan Aizad. Sumber Root of Science, erafm

0 comments:

Catat Ulasan