Dilahirkan Pada 25 Disember, Lelaki Ini Mempunyai Nama ‘Merry Christmas’
Seorang lelaki berusia 54 tahun daripada daerah Malang, bahagian Timur Jawa, menjadi popular setiap kali perayaan Hari Natal, kerana mempunyai nama yang unik.
Dilahirkan pada 25 Disember 1962, nama lelaki ini adalah Slamet Hari Natal dan nama tersebut katanya telah diberikan oleh ibunya, Akas Koyo, yang beragama Kristian.
Menurut Slamet, setiap kali tibanya perayaan Hari Natal, dia akan menjadi popular dek kerana namanya yang unik itu.
Walaupun Slamet beragama Islam, namun namanya sedemikian tidak menjadi kritikan oleh masyarakat sekeliling dan mereka menganggap ia adalah satu perkara normal.
Oleh Syazwan Aizad. Sumber Jakarta Post, Sajakongsi.com
0 comments:
Catat Ulasan