Motor 2 Roda Yang Seimbang Dan Tak Akan Terbalik. Bayangkan Kalau Guna Masa Ujian Titi JPJ?
Ada segelintir orang yang takut nak naik motor bukan sebab tak reti bawak motor, tapi sebab takut terjatuh dan terbalik kerana tak seimbang.
Pengeluar kenderaan terkemuka dunia, Honda telah mengeluarkan sebuah motorsikal yang didatangkan dengan ciri-ciri Riding Assist Technology (RAT), dimana ia akan mengimbangkan motor dengan sendirinya, dan tak akan terbalik.
Diambil daripada teknologi yang digunakan untuk Honda ASIMI Robot dan skuter imbang sendiri UNICUB, teknologi ini tidak menggunakan gyroscope yang biasanya digunakan bagi mengimbangi kenderaan dan objek.
Tambahan lagi, motosikal yang masih dalam proses R&D ini juga mampu mengubah ketinggian secara automatik bergantung kepada kehendak pengguna. Jadi tak perlu risau kalau kaki tak sampai tanah.
Oleh Syazwan Aizad. Sumber Honda, www.sajakongsi.com
0 comments:
Catat Ulasan